polis malaysia terbaikkkkkk

persatuan bekas polis malaysia mengingatkan pembangkang jangan menuduh polis yang menimbulkan huru hara. semua itu lakonan pemimpin pembangkang. mana ada polis berlakon cuma sekali sekala dalam gerak khas arahan usop mempelam. polis telah dilahirkan maksum kerana tidak sesekali memaki hamun, lemah lembut, bersopan santun dalam melaksanakan tugas tugas mereka seharian. polis biasanya lemah gemalai bila berhadapan dengan samseng hanya bertukar wajah sekali sekala je bila ada pendemo pendemo yang berani tunjuk perasaan tuan mereka. tahap profesionalisme yang tinggi ada disemua polis baik dari atas hinggalah ke polis paling cikai pangkatnya. mana boleh polis menyamar dan melakukan provokasi. ini hanya dalam mimpi pihak pembangkang. malaysia adalah negara paling aman kerana adanya polis. polis tidak ganas kerana ketua mereka hishamudin pun dikatakan lemah lembut.

persatuan polis memuji kehebatan polis yang masih belum bersara menjalankan tugas tugas mereka bila berhadapan dengan rakyat malaysia. tidak ada seorang rakyat malaysia yang menyertai demo telah cedera. semua yang cedera adalah dimakeup oleh artis yang paling mahir untuk melebamkan dan berbuat berdarah. rakyat malaysia sepatutnya berterima kasih kepada polis kalau tak kerana polis rakyat malaysia mesti telan bom asam, teargas, polis amat hebat kalau dibandingkan. cepatnya persatuan bekas bekas polis menafikan penglibatan polis lebih cepat dari unit tindakan khas lagi. polis yg masih bekerja belum sempat tayang video persatuan bekas polis dah menafikannya. apakah bekas bekas polis yang memainkan peranan dalam bersih?????

Ulasan