kerja kerja bangang semasa demo bersih

makin ramai yang menyalahkan sesama sendiri. ada yang berpihak kepada pihak polis. ulasan adukatakguna paling meloyakan. perhimpunan aman bersih yang dirangka tidak teliti langsung hanya berpandukan sekadar laungan dan jemputan tanpa tulis. agenda bersih menuntut proses demokrasi dipulihkan. ada pihak yang sengaja untuk memutuskan menjadikan bersih agenda diri sendiri. perhimpunan yang dijangka bermula pada petang sabtu telah dimulakan lebih awal dari jangkamasa yang sepatutnya. unit amal lagi sekali dijadikan kambing gurun hitam yang sengaja digunakan oleh pihak yang mempunyai agenda lain selain agenda bersih. aku masih mencari cari dimana agenda bersih yg sebenarnya. bagaimana bersih melakukan demo ini jika tiada arahan kursus diberikan. datang bro nuar berahim ada arahan lain, datang pemimpin lain  dengan arahan lain. apakah ini sengaja dilakukan atau memang ada perancangan yang disusun disebalik perhimpunan bersih.

apa yang aku nampak ada pihak yang cuba berlaku jujur dan bersangka baik dengan pihak polis, sb sb telah diberikan taklimat sebulan sebelum bersih berlaku. bagaimana nak memprovokasikan keadaaan sebagaimana biasa. tiada polis yang dikenakan tindakan dalam membelasah peserta peserta demo yang diadakan. SOP adalah belasah peserta tanpa mengira salah atau tidak. sepak terajang maki hamun adalah perkara biasa yang keluar dari pihak polis, aku cukup heran bagaimana orang lain melihat polis, boleh memaafkan polis secara mudah bagaimana pas mahu dato ramli menjadi calon pas di negeri sembilan. apakah dia tidak pernah bersengkokol dengan pihak umno membelasah peserta demo? jangan mudah sangat memberi maaf kepada orang lain. lihat bagaimana kerajaan diperak tumbang kerana kebodohan dan kebangangan pihak pembangkang menangani permainan umno. bagaimana sikap pemimpin pembangkang yg sentiasa bersangka baik dengan perpindahan pemimpin umno ke kem pembangkang. polisi yang sama masih diguna pakai oleh pembangkang.

sampai bila pembangkang akan terus dibodohkan dan dibangangkan oleh pihak pemerintah. kejadian yang sama akan terus berulang ulang kerana pemimpin pembangkang terus menerus mempercayai apa yang mereka lihat. kemasukan beberapa pemimpin umno cukup membimbangkan aku kerana strategi israel adalah IF U CAN BEAT THEM U JOIN THEM. dari segi strategi ini cukup berkesan untuk membunuh dan memanipulasikan keadaan pembangkang. diluar pembangkang kuat dan umno tahu mereka tak akan berjaya membunuh pembangkang bila berhadapan tapi cara yang terbaik adalah mengirim anai anai ke dalam tubuh badan pembangkang. anai anai ini akan terus merosakkan sistem dalaman pembangkang dan akan mudah dibunuh selepas tiada lagi imun ketahanan badan.

begitu jugak bersih, siapa yang menganjurkan bersih pada malam sebelum berlangsung perhimpunan sebenar. lihat bagaimana polis sengaja membiarkan malam itu terlalu indah dan tiada provokasi. membiarkan peserta peserta bersih berdemo dimalam hari. cuaca terlalu indah. angin sepoi sepoi bahasa. polis tidak berlaku ganas. membiarkan semua peserta peserta berdemo di malam lagi. hebat bukan permainan ini. teori yang sama digunakan dimana mana negara yang israel adalah penasihatnya. berhati hati menari jika lantainya dikatakan buruk. banyak sangat kepincangan yang berlaku semasa bersih 3.0 ini dan aku cuba menjelajah semua keadaan dan apa benda yang dirasakan adalah permainan lain yang berlaku dibelakang mata kita semua. persediaan rapi mereka seolah olah menanti masa untuk mereka memastikan bersih adalah permainan mereka. tengok dengan mata hati bukan membutakan mata.

Ulasan