apa lagi yg belum selesai sebelum pru ke 13

banyak benda lagi yang belum selesai sebelum berhadapan dengan gergasi sawan yang mabuk dan banyak penipuannya. masalah pengundi yang didaftarkan dalam kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. sejauh mana masalah ini akan selesai. apakah akan selesai selepas bersih 3.0 atau sekadar melalak melolong dijalanraya. spr terus melaungkan bahawa mereka sudah bersiap sedia dengan daftar pemilih yang sudah disahkan. spr akan memastikan bahawa umno tetap menang bergaya walaupun rakyat mengesahkan umno akan tumbang dengan bergaya. usaha usaha terakhir yang perlu dilakukan oleh pakatan rakyat bukan sekadar melalak dan melolong dijalanraya sebagaimana demo bersih ini. usaha usaha yang lebih berstrategi dan bijak perlu dilakukan dengan segera bukannya menunggu untuk disembelih oleh umno dalam pru ke 13. aku tidak nampak usaha usaha selain usaha bersih yang mahu membersihkan daftar pemilih. dimana kekuatan bersih aku sendiri tidak nampak selain dari hanya impak kecik dalam pemilihan. spr dan umno hanya melayan kehendak bersih sebagaimana budak budak. sekadar diberi coklat untuk menyeyapkan mereka tanpa perlu menangis.

semua bercakap untuk membersihkan buku daftar pemilih. apakah tenaga kerja untuk menghadapi pru telah berjalan dengan lancar. apakah counting ejen polling ejen, perayu undi atau yang melibatkan semua perjalanan proses pengundian sudah berjalan lancar. apakah tenaga kerja yang ada cukup untuk parti pembangkang mengawasi penipuan yang akan dilakukan oleh umno dan spr, pembangkang sudah tahu bahawa umno dan spr akan cuba sedaya upaya menipu untuk menang tapi dimana usaha usaha yang telah dilakukan. counting ejen, polling ejen apakah cukup siap sedia yang tahu dari segi undang undang pilihanraya. atau hanya sekadar menjadi ejen sahaja tanpa mengetahui hak hak dan perjalanan proses pilihanraya, kejadian polling ejen yang datang lewat dan tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat pengundian sering berlaku tapi tidak pernah diambil kira oleh pihak pembangkang. yang bercakap lebih ramai dari yang menjalankan kerja kerja ini.

wakil calon sendiri tidak tahu undang undang pilihanraya walaupun dah banyak kali menjadi wakil calon. apakah wakil calon sekadar menjadi wakil calon. banyak benda yang wakil calon kena ketahui, bagaimana umno mengekploitasikan keadaan untuk memastikan mereka menang. bantahan kepada ketua tempat mengundi seringkali tidak lakukan kerana polling ejen dan counting ejen sendiri tidak faham apakah yang mereka boleh lakukan. sebagaimana kita ketahui kebanyakan ketua tempat mengundi adalah mereka yang condong kepada umno tapi pembangkang masih berlapang dada. sepatutnya polling ejen berhak menggunakan hak mereka sebagai polling ejen yang hebat kerana boleh mengawal keadaan semasa dalam proses pengundian. tetapi apa yang berlaku polling ejen sendiri tidak faham undang undang pilihanraya. apakah dengan berdemo bersih perkara ini boleh dibersihkan.

pembangkang sendiri tidak mempunyai jentera yang tersusun dimasa pru berlangsung. benda benda ini kalau disebut dalam mesyuarat akan dianggap remeh kerana bagi mereka umno tidak boleh menipu dalam proses ini. padahal dalam masa inilah umno dan spr menipu mereka didepan mata mereka sendiri. tapi tanpa disedari pembangkang umno dah senyum dengan kemenangan. bagaimana undi rosak mat sabu berlaku terlampau banyak semasa pilihanraya kuala terengganu apakah ini diambil kisah. tidak ada apa apa tindakan selain berarak melakukan demo bersih. jangan bercakap soal penipuan jika kita sendiri membiarkan diri sendiri dibiarkan ditipu disetiap kali pru atau prk berlangsung. keadaan yang sama akan berulang ulang setiap masa selagi pembangkang belum bersedia dengan menyediakan pasukan pilihanraya yang faham apa erti pilihanraya. pilihanraya bukanlah semudah demo bersih yang melalak melolong dan menelan asap dan air beracun fru.

banyak lagi kelemahan kelemahan pembangkang dalam bertempur dengan umno semasa pilihanraya berlangsung. setakat ini tiada usaha usaha yang dilakukan selain berarak melalak melolong dalam demo bersih. satu benda kita buat umno dah berbuat 10 benda lain yang tidak pernah terjangkau dalam pemikiran pembangkang. walaupun pembangkang ada nuar berahim tapi pembangkang masih 10 langkah kebelakang dalam penipuan. jentera yang mereka ada cukup untuk melumpuhkan pembangkang. apakah pembangkang dapat mengesan siapakah yang keluar mngundi di dun manir yang hampir mencatatkan 100% pengundi keluar. siapa polling ejen yang dapat mengenal pasti orang dalam lokaliti yang mengundi. sampai sekarang pembangkang tidak dapat mengenal pasti orang ramai yang ada dalam satu alamat. sistem canggih pembangkang belum dapat mengesan kemana hilangnya pengundi yang berpindah alamat. aku bagi contoh yang senang dalam pru yang lalu satu nama dan ic terdapat dalam peti undi di daerah setiu. sekarang sudah hilang dari peti undi itu dan sudah berada di peti undi selangor. apakah pas selangor dan pas terengganu boleh mengenal pasti pengundi itu. jawapan yang pasti adalah tidak. kerana pembangkang kekurangan pekerja untuk mengesan kemana pengundi itu pergi. padahal ia amat mudah utk dilakukan oleh pembangkang tapi adakah usaha kearah itu dilaksanakan. atau hanya tahu berdemo????

Ulasan