kamikaze 2 exco - maklumat bangang

aku terbaca tulisan che gu halim dalam blog kedah lanie.info. nampaknya strategi untuk mengsahihkan kehebatan 2 exco yang menderhaka tiada tolok bandingnya. pendedahan yang kononnya terpanggil jelas membuktikan bahawa apa yang berlaku tidak apa yang ditulis. walaupun aku tidak ada sms dgn pemimpin pas pusat ke pas mana mana pun aku tak sebodoh dan sebangang untuk menelan bulat bulat maklumat yang ditulis oleh cge gu halim yang aku rasalah seorang yang amat rapat dengan exco kedua duanya. apa yang hebatnya dalam tulisannya, segala jenis technology kononnya diharamkan masuk kedalam pertemuaan mahabbah yang dibuat dikedah antara pas pusat dan pas kedah. kononnya tidak mahu kebocoran maklumat yang mana pas memang hebat dalam menyimpan kerahsiaan parti selama ini. che gu halim ini adalah untuk menafikan sebarang kebocoran berlaku dalam meeting itu, rahsia ustaz azizan yang dipersembahkan oleh dua exco kepada pas pusat tidak akan dapat dicuri oleh umno. tapi at last che gu halim menulis kononnya kamikaze 2 exco adalah kerana kepincangan pentadbiran ustaz azizan dalam mentadbir. bodoh ke bangang tulisan seperti ini.

kalau nak menangkan 2 exco tu pun \, agak agak lah jangan sampai orang boleh mengesan bahawa che gu halim adalah sama puak seperti dalam kawasan kuala kedah yang memberi kata dua kepada amirudin. kalau 2 exco ini amanah dan berniat baik mereka tidak akan memberikan kata dua kepada exco amirudin, nampak sangat kejahatan mereka. sekarang apa tindakan pas kawasan kuala kedah apakah akan memberikan surat amaran atau kata dua kepada 2 2 d\exco yang menerima kembali perlantikkan menjadi exco atau bila boss menerima perlantikan surat amaran akan terbatal dengan sendirinya. nampaknya ada pihak yang cuba menjernihkan kembali imej imej 2 exco yang menderhaka kepada pemimpin. media statement dibuat kepada media musuh apakah bijak permainan mereka atau mereka sengaja mahu menaikkan kembali suhu perbalahan yang hampir padam. inilah permainan yang mahu mereka mainkan. jika mereka berdua berniat baik tidak perlu kepada media statement. ucapan mereka di majlis itu jelas menggambarkan agenda jahat mereka dah hampir berjaya.

bukti bukti yang diberikan oleh 2 exco nampaknya sudah diketahui oleh che gu halim, tulisan yang boleh dibaca disegenap penjuru alam. apakah tidak menjadi rahsia selepas dibincangkan dan ada keputusan. apakah umno tidak boleh mengambil kesempatan dalam isu ini. jangan membodohkan orang lain seandainya che gu halim sendiri bodoh dalam memahami isu pertelagahan berlaku dikedah. kebanyakan isu yang dibangkit adalah jelas mengatakan bahawa ustaz azizan tidak mengikut telunjuk pkr dan pakatan rakyat. itulah isu utama. projek ini adalah helah utama sebagai satu alasan kukuh kononnya ustaz azizan berkrompromi dengan umno. projek yang belum dianugerahkan kepada umno dijadikan isu untuk menghentam ustaz azizan dan juga isu kuin yang mencelakakan mb kedah. setelah gagal salakan aziz bari, nuar berahim terpaksa mencari sudut lain untuk menggangu gugat pentadbiran pas kedah. dan 2 exco ini rela digunakan sebaiknya oleh pkr sebagaimana kolid samad di selangor. apakah projek ini hendak ditarah oleh pkr????? jika gagal pkr tiada sumber untuk berlawan dalam pru ke 13 nanti. agak agaklah nak membersihkan imej yang terlalu kotor.

Ulasan