boleh kah diubah sistem pentadbiran negara atau negeri???

bila menang pilihanraya samada di masa pas kelantan menang sesebuah negeri menjadi negeri pembangkang yang ditakluk.(dari mana bangang umno atau media member gelaran negeri pembangkang ntah le aku sendiri confius) kalau menang dah jadi negeri kerajaan umno yang patut jadi pembangkang tapi masih bercakap seolah olah mereka masih lagi kerajaan. bila pembangkang menang di 5 negeri ungkapan sama masih lagi digunakan sampai saat ini. aku bukan nk sentuh perkara bangang itu sebenarnya cuma aku nak semua orang mencari solution bagaimana nak memerintah dengan tidak perlu mengambil sistem yang ada sekarang dan mencari guna pakai sistem baru. yang baru bermaksud tidak ada kena mengena dengan sistem pentadbiran umno sekarang, bukan sekadar bercakap dan meluahkan sebagaimana biasa. jangan jadi bodoh dan bangang sebagaimana biasa. bercakap hebat untuk mengubahsuai sistem yang ada sekarang. bukan menambah baik tapi totally change sebagaimana dimahukan oleh perjuang perjuang maya yang hebat dalam menulis.

menyorot kemenangan kelantan, malam kemenangan kelantan, berduyun semua pemimpin kanan pemimpin kiri dan pemimpin atas bawah pas menuju ke kelantan meraikan dan mencari jalan untuk memerintah kelantan dengan beban hutang yang senget yang ditinggalkan oleh umno kelantan. pas bingung dengan kemenangan yang dianugerahkan dan umno terduduk dengan kekalahan. pas bingung bagaimana nak memerintah dengan cara baru bukan cara umno tinggalkan. hari pertama masuk suk, semua merasa satu keadaan yang paling tak normal dalam sejarah. seorang mb yang berjubah berserban memasuki wisma negeri untuk memulakan sejarah yang baru dicipta. hubungan mula dijalan dengan upacara suaikenal antara pegawai kerajaan lama dengan mb dan exco baru. hampir 90% pegawai kerajaan kelantan yang ada waktu itu adalah pegawai yang menyokong umno. diambil bekerja kerana sokongan  mereka kepada umno. tak kira ayah mereka tok nenek mereka atau sesiapa saja mesti ada pertalian sokongan kepada umno. jika tidak dan didapati pro pembangkang akan dibekukan atau ditukar ke jabatan lain atau kehulu kelantan untuk proses pembuangan.

bagaimana sebuah kerajaan yang baru dimenangi mengubahsuaikan sistem yang dipakai oleh umno untuk dijadikan dasar baru untuk memerintah. pegawai yang ada masih ada lagi darah umno yang tak mampu untuk ditukar darahnya menjadi darah berkecuali.mereka masih lagi sembah umno dan melutut depan umno dan masih menjadi talibarut  kepada umno untuk menjatuhkan kerajaan yang baru menang. segala rahsia kerajaan baru dimenang biasanya mudah jatuh ke tangan umno. segala keputusan exco dan mb mudah diperolehi oleh umno tanpa perlu bersusah payah. lihat bagaimana suk perak yang celaka menghalau mb sewaktu kemuncak crisis perlembagaan perak. bagaimana dalam masa 5 tahun kerajaan baru boleh memutihkan pegawai pegawai yang ada untuk sama sama membantu kerajaan melaksanakan apa yang telah dipersetujui untuk membangunkan negeri. pegawai pegawai ini akan memsabotaj setiap kerja kerja yang akan dilakukan samada secara terus atau tidak. bagaimana exco dan mb nak menghalang benda ini terjadi? apakah caranya. lihat bagaimana adukatakguna mengutuk kerajaan pas terengganu yang dikatakan menghalau budak budak tadika kemas kerana pembaharuan yang mahu dibuat oleh kerajaan pas terengganu. pas mahu kerajaan pusat membayar sewa kepada tanah yang mereka duduki bukan menghalau secara membabi buta bagaimana dakwaan celaka adukatakguna. budak tadika tidak dihalau cuma surat yang dihantar kepada jabatan kemas digunakan dengan sebaik mungkin oleh umno. dipaparkan kezaliman kerajaan pas terengganu kepada budak budak tadika. dan dipercayai oleh adukatakguna.

bagaimana nak mengubah sistem jika perkara pertama asas dalam pentadbiran dalam kerajaan tidak dapat dipinda dengan  mudah. apakah sistem pentadbiran dapat di ubah suai dalam masa sehari 5 tahun atau bagaimana. persepsi orang ramai. kalau adakan perubahan bermakna berdepan dengan persepsi celaka sebagaimana celaka adukatakguna dalam menuduh kezaliman pas terengganu.sistem yang dimahukan oleh penulis penulis blog. memerintah dan meminda pentadbiran bukan sesuatu yang mudah sebagaimana menjadi jaga sambil menjadi dj radio. bukan semudah menjadi ketua kampung sambil menjual jeruk. bukan semudah lari dari jais, bukan semudah mengutip derma untuk keperluan diri sendiri, bukan semudah mengajar sambil menjual kuih. berhadapan dengan pegawai pegawai yang masih berdarah umno bukan semudah yang disangkakan. kalau pas berkasar dengan pegawai kerajaan akan ada persepsi negatif pula dari penulis blog. meneruskan pentadbiran dengan cara umno atau dengan cara pakatan rakyat atau bagaiimana yang dimahukan. menjadi pemimpin pembangkang adalah seperti menjerut leher dan tergantung dikerusi. silap buat mati terjeruk dengan mudah. yang menulis boleh menguasai 2 3 ratus manusia sedangkan berjuta lain masih ada untuk menilai dan meneliti. realiti dan fantasi bukan benda yang sama.

Ulasan

  1. aku pun ada terpikir tentang ini!aku rasa sebelum PRU13 kita main game kita kita jangan main cara depa?

    BalasPadam
  2. sebelum cerita nak ubah sistem ni, aku nak tanya, pasal apa dalam buku oren tu takdak rukun negara?

    BalasPadam

Catat Ulasan