ustaz azizan buang aje exco bermasalah

kenyataan SUA PAS tak menyakinkan langsung. dari kenyataan media semacam mengesahkan ada konflik yang berlaku. mengapa sua membuat kenyataan akhbar yang makin menyusahkan pihak gross root untuk menjawab. SUA PAS lebih baik berdiam diri dari terus memberikan kenyataan kepada akhbar. sebagaimana dia memberikan kenyataan akhbar sewaktu isu assan ali dulu. semakin banyak SUA bersuara semakin banyak menimbulkan masalah kepada pihak bawah pas untuk menjawab isu isu bangang ini. isu isu ini semua semudah aje boleh diselesaikan. mengapa pas tidak mengambil jalan paling mudah untuk meyelesaikan masalah dikedah. mengapa mengambil jalan sukar. menghantar salahudin pasti mengundang lebih banyak masalah selepas apa yang beliau buat selama ini. isu isu lama yang di buat oleh salahudin akan terus menyukarkan pihak pas kedah untuk menyelesaikan masalah yang asalnya mudah tetapi dipayahkan oleh pas pusat.

kuasa tertinggi dikedah telah diserahkan kepada mb kedah, mengapa pas pusat tidak membiarkan pas kedah menyelesaikan isu remeh temeh ini, apakah pas pusat mahu menyusahkan lagi pas kedah dibawah pentadbiran ustaz azizan. soal perlantikan exco amat mudah untuk diselesaikan. mb kedah ambil alih semua portfolio exco yang tidak mahu memikul amanah yang diberikan. susah sangat ke. mb selangor selamba je bagi exco sampah pas selangor yang diketuai oleh kolid samad.  mengapa pas pusat begitu cepat mengambil tindakan menghantar salahudin yang begitu banyak memberikan masalah kepada parti. tindakan beliau dilihat sudah jauh melangkaui apa yang pernah berlaku. dengan menghantar salahudin bukan menyelesaikan masalah bahkan akan menambah apa yang akan berlaku. perlantikan exco adalah isu paling mudah untuk diselesaikan. mengapa pas pusat menyusahkan. yang pasti pas pusat menambah lagi masalah dari masalah yang ada. pkr selangor tak pernah ambik pusing dengan kata kata orang lain mengapa pas yang duk sibuk sangat mendengar pandangan parti komponen orang lain.

sifat pas yang semakin lemah lembut kepada parti komponen lain semakin terserlah. apabila timbul masalah pas dengan cepat mengambil tindakan membetulkan apa yang berlaku. apa yang berlaku bukan semakin elok tetapi semakin menyusahkan peringkat bawah pas untuk menjawab segala isu isu yang berkaitan. jangan ambik fakta yang tak tentu arah. tapi pemimpin atasan membiarkan aje isu bangang melingkari mereka. pas tak nak campur tangan ke dalam isu kes khalwat ustaz pkr. biasa pas akan kedepan bila melibatkan isu isu yang melibatkan pemimpin pkr. pas akan sibuk membersihkan kekotoran yang dibuat oleh pkr. keadaan sendiri kusut masai tidak dijaga. atas nama tahaluf siasi hati orang perlu dijaga penyokong sendiri dibiarkan. inikah yang dinamakan tahaluf bangang. jangan sampai peringkat bawah pas bosan dengan peringkat atasan pas. sedar masa ada jimat sebelum habis.jangan sampai jadi pak pandir. menang kampung pekan bandar gadai semua ke orang lain. bertahun tahun berjuang menentang umno jahilliah yang menang dan diangkat menjadi perdana menteri adalah umno jahilliah moden yang baru.

Ulasan

  1. jgn tak tau. ni la namanya pas biru...ehh.. pas baru. kau jgn nak memandai nak kritik parti penyelamat umat (statement ostat) tu fzt, nanti ada org kata kau busuk ati. br balik dr mekah, tak baca blog betol2 trus kata org busuk ati.
    kau kena paham fzt, di selangor :
    1. parti artis semesia tak meminta jawatan
    2. plantikan exco hak mb
    3. mb buat kputusan tepat sbb dia rapat ngan sultan
    4. parti tak campur urusan negeri
    di kedah pulak:
    1. parti ttp tak mintak jawatan tp mau 10 exco kekal
    2. mmg la plantikan exco hak mb tp parti ttp nak masuk campor
    3. azizan pun rapat dgn sultan, tp bakal mb johore ni lg best
    4. parti tak campor urusan negeri, tp nasehat je
    apa pun, we support all effort to protect pkr walopun kat kedah exco mngaku pow duit ngo. kalau kat penang ngan selangor lg best punya pow duit kontraktor. yang penting asal bkn ameno, penyamun yg lain ok je

    BalasPadam
  2. terlupa pulak, telur aku ilang masa kat slangor hr tu. ada sesapa jumpa??? peace

    BalasPadam
  3. hahhahah hang balik dri mana azmie .. ada org balik dari tanah suci tu .. tak disebutkan tanah suci kaum yahudi ke kaum nasrani ke kaum jahilliah ke.. hahhahahaa

    BalasPadam
  4. abihla ust azizan, nanti salehudin cadang nama ust azizan dipecat guane...huhu

    BalasPadam
  5. kami kat Kedah tak terasa apa-apa pun.. hari berlalu macam biasa...tunggu 7 Mac je..nak tau siapa dia 2 orang exco lagi tu? sama ada yang lama atau yang baru..

    BalasPadam
  6. buang ajelah exco bermasalah dengan mb. selesai masalah .. bukan susah sangat pun

    BalasPadam

Catat Ulasan