surat tertutup untuk kolid samad

kehadapan Yang Mulia, YB KOLID SAMAD

perbalahan perseteruan yb dengan assan ali terus berlaku, walaupun assan ali dah dipecat dan tidak akan merayu menjadi ahli pas nampaknya yb masih mengekalkan semangat dendam membara seperti mana blogger tulangbesi@pengutip derma, kisah lama kisah dalam kelambu kisah dalam kain waktu bersama yb dgn assan ali terus dipaparkan oleh yb di blog tuan, yb bersikap membalas dendam dan menjawab segala tuduhan assan ali dan akan terus menjawab tuduhan assan ali. yb yang mulia menjawab tuduhan dan tomohan assan ali disamping menuduh bermacam macam kepada assan ali seolah olah sudah tiada hari esok untuk berdamai sesama umat islam. jawapan yb kepada sembilan tuduhan semua nya menjurus kepada kebodohan dan kebangangan yb  bersama assan ali waktu bersama sama dulu. yb yang mulia sepatutnya menutup mulut longkang yb dari terus menulis benda benda yang bodoh dan bangang. mengungkit benda benda lama yang tiada nilai lagi. sikap yb yang mulia sama saja dengan assan ali yang bengong.

yb menyatakan assan ali tidak hadir mesyuarat selepas beliau tidak lagi menjawab jawatan sebagai pesuruhjaya di selangor, jadi diatas kapasiti apa assan ali nak hadir, atas kapasiti blogger yg boleh bersms dengan yb atau atas nama coffee maker like saiful bukhari. alasan assan ali tidak dijemput secara formal yb membalas formal tak formal kena hadir mesyuarat, apakah orang yang tak dijemput boleh masuk sesuka hati dalam mesyuarat pas, patutlah semua mesyuarat pas tiada rahsia, apa yang dibincangkan oleh pas tersebar dengan meluas dengan cepat pantas dan terlaju. mungkin satu hari nanti aziz bari pun boleh hadir dalam meeting jawatankuasa pas pusat dewan harian pas. aziz bari hadir untuk mengutuk presiden  ustaz azizan sebab siapa saja boleh hadir dalam meeting pas dimana mana jua. mungkin mesyuarat buku jingga saja tak dibenarkan orang masuk. apakah yb yg hebat sudah lupa segalanya sejak menjadi exco sampah memerangkap orang kanan kolid berahim.

tuduhan tuduhan dari pihak pas kepada assan ali dan ditambah dengan pelbagai kenyataan yang memualkan terus menerus berlaku. yb yang mulia mendesak assan ali meletak jawatan kerana tidak mahu ahli pas yang bertungkus lumus memenangkan assan ali membazirkan tenaga. kenapa kes berahim ali yb yg mulia menutup mulut longkang tidak meminta berahim ali meletak jawatan sebagaimana yb meminta assan ali meletakkan jawatan sebagai adun. apakah istimewa berahim ali dimata yb. yb tidak mendesak berahim ali, zulkifli nordin, 3 ekor kaldai di perak yg melompat untuk meletakkan jawatan sebagai adun dan mp. di pasir mas berahim ali menggunakan kapisiti pas semaksimum mungkin tapi yb tidak mendesak berahim ali meletakan jawatan kerana apa kerana yb tidak bermusuh dengan berahim ali, sikap mesra yb dengan berahim ali begitu hebat.

yb yang mulia boleh berkira kira untuk menjadi mb pulak dimasa pru ke 13 kerana salahudin akan menjadi mb di johor. kerusi gombak setia sudah kosong, jika yb meminta kerusi gombak setia pasti pas selangor tiada masalah untuk memberi 2 kerusi untuk yb, satu adun satu lagi mp shah alam. sudah assan ali terpecat yb sudah mempunyai banyak masa untuk masuk ke gereja memberikan tazkirah bersama dr maslee yang sama tempat dengan aziz bari memberikan ilmu perlembagaan jahilliahnya kepada penuntut. dr maslee pun sudah berkira kira untuk terpaksa terjun ke dalam politik melihatkan sokongan rakyat kepada pembangkang. yb boleh membentuk gadingan mantap bersama dr maslee yang juga penghuni uiam. selepas ini pakar apa pula akan diberikan kepada dr maslee. mungkin pakar mencilok peluang yang ada.

uuntuk penamat surat tertutup kepada yb yang mulia, belajarlah menutup mulut longkang yb kerana semakin banyak yb membukak mulut makin nampakkan kebodohan dan kebangangan yb dalam bercakap. yb meminta assan ali bersikap adil tapi yb sendiri tak adil kepada diri sendiri. walaupun dah dikenakan tindakan disiplin kerana mulut cabul yb yb masih lagi meneruskan legasi mulut longkang terus menerus, mungkin yb tidak perlukan sokongan dan undi dari ahli pas sebab yb dikatakan menang atas undi pkr, jadi jika sekiranya pas juga memecat yb  bermakna yb tiada masalah untuk menang lagi di shah alam dengan bantuan ahli dan pengundi pkr. semoga yb cepat bangun dari mimpi bersama nota merah, ularMARK One G yang bersyarah macam orang jual ubat ditepi kaki lima. bersama edyesdotcom yg menipu menulis sewaktu adukatakguna kena pukul di rhusila. yb bangun le dari mimpi indah yb bersama mereka. semoga yb menutup mulut longkang yb dengan cepat sebab makin banyak yb bukak mulut makin membusuk jadinya.

sekian dari bekas penampal poster di hulu selangor
yg tidur memandang langit tanpa atap, beralas lengan tiada aircon
diteman nyamuk dan biskut meri dan teh o.

Ulasan

  1. huhuhuhu.. terharu wa membaca surat cinta tertutup Lu kpd yb kolid samad yg mulia bermulot celopar...
    nampaknya dendam kesumatmajal kolid terhadap asan ali masih membara dan kian marak, cam mana tak marak skrg timb pesuruhjaya selangor tu, 1step lg jd psj . skrg pon psj sebenor kolid la ke guane..huhuh

    BalasPadam
  2. dewan pemuda pas nk buat report polis pada assan ali, tak lama lagi masuk jel assan ali hahahhaa .. gelak besar tulangbesi.

    BalasPadam
  3. Maaflah tulis@bukan cakap.Bila keluar kat blog tiada istilah tertutup@rahsia.Sekiranya tuan lebih baik daripada mereka, jujur dan ikhlas adalah lebih baik tuan menyuarakan terus kepada yang terbabit@berkenaan. Bukannya masuk dalam blog.Tuan blog sendiri pun banyak menggunakan bahasa kasar dan keras dalam menghadapi perbezaan pendapat sehingga tidak mencerminkan watak ulama yang tuan label/ tatap setiap hari sewaktu anda melintas(menulis).
    Jangan menjatuhkan cermin ulama yang tuan gantung di dalam blog!

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana menegur, tapi adakalanya menegur perlu pendekatan keras dan berapi, ulamak mengajar pun ada pendekatan dia, kalau lemah lembut selalu nanti tak sampai apa yg nak disampaikan. besi yang keras kena tempa dengan api yg marak nak dijadikn pedang keris barulah dia bernilai. kalau tak dicairkan dgn api yg kuat tak ikut apa yg tukangbesi nak. disini meraikan semua pendapat. keras tidak bermakna tidak sayang.

    BalasPadam

Catat Ulasan