nuar berahim satu sorotan

nuar berahim dipecat umno dan dituduh dengan bermacam macam lagi tuduhan dikenakan oleh umno kepadanya, tok guru fadhil noor menghulur tangan kepada nuar berahim. tanda simpati tok guru kepada nuar berahim. bermula lah episod reformasi di malaysia menurut pakar pakar politik malaysia. nuar berahim dijulang dipuja dan diberikan penghormatan sebagai hang jebat. nuar berahim menjelajah seluruh malaysia dan dikelantan tok guru nik aziz memberi sebuah stadium untuk nuar berahim membuat ucapan. berpuluh ribu rakyat hadir untuk mendengar ceramah nuar berahim. nuar berahim mula membongkar kejahatan dan kezaliman  umno kepada rakyat. fenomena nuar berahim dikatakan memberikan kemenangan pas diterengganu. mengapa hanya terengganu saja yang jatuh bukan negeri negeri umno yang lain. apakah benar faktor nuar berahim atau hanya faktor tempelan sahaja. tanpa nuar berahim pun umno boleh tumbang menjilat kaki.

nuar berahim didalam umno waktu membentangkan belanjawan negara selalunya akan menyindir pas, memberikan pandangan bodoh sombongnya pada pas. pas tidak boleh memerintah malaysia kerana tiada kebijaksanaan sepertinya yang berpendapat belanjawan yang dia buat sewaktu menteri kewangan adalah belanjawan nabi yusuf tujuh tahun senang tujuh tahun menderita, begitulah nuar berahim yang hebat semasa didalam umno. naik mendadak didalam percaturan didalam umno. nuar berahim amat deras memacu pergerakkan dia dalam umno sehingga ramai veteran umno amat membenci nuar berahim. nuar berahim mampu mencabar timb.presiden umno ghaffar baba, akhirnya ghaffar baba terpaksa membawa beg plastik membawa diri kerana nuar berahim. caci maki nuar berahim kepada pas sentiasa berlaku. mungkin sekarang orang dah melupakan apa yang pernah nuar berahim buat kepada ahli dan penyokong pas.

nuar berahim sudah mula balik menjadi umno tapi masih lagi disanjung oleh penyanjung termasuk dari dalam pas sendiri, kata kata nuar berahim lebih bernilai dan dipegang daripada kata kata pemimpin pas sendiri. kalau nuar kata israel perlu diberikan keadilan ada jugak pemimpin pas yang bersetuju dengan pandangan nuar berahim. nuar berahim memperlengkehkan kefahaman orang lain semasa ditemubual wsj dalam isu israel. orang lain tak faham english. nuar berahim je yang faham. apakah akan berlaku reformasi tanpa nuar berahim dimalaysia. bagi aku nuar berahim hanya menumpang fenomena itu. kalaulah nuar berahim tidak dipecat umno aku yakin nuar berahim bersengkokol sama dengan pemimpin umno yang lain. pelbagai kenyataan nuar berahim masih lagi berbau umno dan menamppakn benar kata nya dulu. dia akan UMNO SELAMANYA, dan nuar berahim memang umno selamanya.l

Ulasan

  1. bro, wa xpernah lupa kata2 nuarbrahiM terhadap ulama' pas dan pas sendiri.. wa maleh nk ungkit je. wa mmg xpernah percaya dan terpedaya dgn bung nuar ni..

    BalasPadam
  2. kenyataan demi kenyataan nuar berahim sudah menampakkan belang belang nuar berahim yg sebenar dan cuba dilindungi oleh sebahagian pencacai dalam pas..

    BalasPadam

Catat Ulasan