manis FM - DJ MAT SAID Bengong

mat said sewaktu mengendalikan rancangan bersama penghuni zoo kemaman
Kerajaan terengganu dibawah menteri besar mat said telah membeli sebuah stesen radio swasta. stesen radio swasta yang berpengkalan di kota bharu kelantan telah selesai diambil alih oleh kerajaan negeri terengganu. nilai pelaburan sebanyak rm7 juta digunakan untuk membeli stesen radio tersebut. stesen manis fm yang dikuasai oleh husa network sdn bhd pemilik asal adalah hussein ahmad. urusan pembelian stesen radio swasta ini dibuat oleh lembaga tabung amanah terengganu (LTAT). dengan pembelian stesen radio swasta akan menjadi stesen radio rasmi kerajaan negeri pertama dimalaysia. bagaimana mat said boleh membuat pelaburan yang besar dalam membeli stesen radio yang hampir nazak ini. apakah ada rahsia disebalik pembelian radio ini.

mat said mempertahankan pembelian stesen ini kerana ia untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat terengganu lebih cepat. terengganu fm yang dimiliki oleh barisan nasional diperingkat pusat boleh membenarkan mat said bercakap diradio 24 jam sehari tanpa perlu membayar sesen pun. mat said mahu menjadi dj pun mereka boleh benarkan kalau mat said terlalu gila nak menjadi dj. kos ini akan bertambah dari semasa ke semasa. apakah jika mat said membuat sendiri stesen radio untuk negeri terengganu apakah najid tidak akan membenarkan radio mat said beroperasi. mungkin kos yang diperlukan oleh mat said jauh lebih rendah daripada pembelian radio swasta yang sudah uzur dan usang. lesen yang diperlukan oleh mat said boleg dipercepatkan oleh najid jika mat said gila sangat kepada radio. kerajaan barisan nasional dinegeri lain tidak sanggup membeli stesen radio swasta selain negeri terengganu.

stesen radio ini mungkin akan beroperasi dari dalam zoo yang juga dibuat oleh mat said. mungkin binatang didalam zoo mat said lebih meriah dengan kehadiran mat said sebagai dj. lagu lagu mengenai alam dan binatang akan menjadi pilihan utama di manis fm. apakah pembelian radio swasta ini menandakan hubungan mat said dan najid tidak semesra yang digambarkan. apakah najid akan menolak segala permintaan mat said bengong ini. untuk menggelakkan dari malu mat said mengambil keputusan untuk membeli stesen radio swasta dan dijadikan radio rasmi kerajaan negeri terengganu.RM 7 juta dileburkan oleh mat said tanpa sebarang faedah. mat said bengong meneruskan kebodohan dan kebangangan pemerintahan umno diterengganu selepas deris natang.

Ulasan