asal bukan umno - apakah sejarah lama akan berulang

sekarang berlaku gerakan tanpa pemimpin asal bukan umno, kalau ada pemimpin mesti korup so tak perlu ada pemimpin. yang berceramah membawa agenda asal bukan umno adalah bukan pemimpin tapi pengikut. kebangkitan rakyat tanpa pemimpin yang dilaungkan bersama asal bukan umno terus berkumandang dimalaysia sekarang. pas membawa gerakan islam selama 60 tahun dan pernah ditipu oleh umno sewaktu menjadi rakan tidur bagi menyelamatkan bangsa melayu. dan umno akan terus menipu pembangkang malaysia selagi mana ia mampu berbuat demikian. apakah agenda asal bukan umno, yang aku nampak gerakan ini adalah sama dengan umno yang mencilok kemenangan gerakan menghalau penjajah dari malaysia. selama bertahun tahun pelbagai gerakan digerakkan untuk menghalau penjajah akhirnya umno mendapat nama dan dibukukan dalam sejarah bahawa umno lah yang memperjuangkan kemerdekaan malaysia walaupun pakar sejarah malaysia bangang mengatakan bahawa malaysia tidak pernah dijajah oleh mana mana penjajah. perlembagaan yang ada pun di rekacipta oleh umno melalui mulut orang inggeris.

umno mengambil kesempatan disaat kemenangan gerakan yang berjuang bermatian matian mempertahankan tanah air dan menghalau penjajah dari malaysia. umno mengambil peluang diselekoh terakhir dan menjadikan dia dewa di malaysia. dan disaat kemenangan gerakan rakyat umno ditubuhkan dan mengambil semua peranan yang berjuang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa apa balasan dari rakyat. disini agenda umno bermula. perarakan menjunjung kedaulatan negara mula dicanangkan oleh umno. nama nama tokoh tokoh perjuang lain dihilangkan dari ingatan rakyat. ahmad boestaman, angkatan pemuda insaf, API) mpaja di beri nama penyokong komunis yang hebat hanyalah umno. apakah rakyat malaysia akan ditipu lagi dengan gerakan asalkan bukan umno. idea sama mula diterjemahkan supaya rakyat malaysia tertipu lagi dengan permainan agenda bangang ini. bertahun tahun pembangkang berjuang meruntuhkan kerajaan umno akhirnya ada pula timbul gerakan asal bukan umno.

gerakan asal bukan umno sama dilaungkan oleh umno sewaktu awal penubuhan dulu. malaya untuk orang malaya. suasana kemenangan yang mula berpihak kepada rakyat akhirnya dicuri oleh golongan golongan bangang yang merasakan mereka terlampau hebat. mereka mula memalu gendang kononnya asalkan bukan umno dan digantikan dengan nama jahilliah baru iaitu asal bukan umno. ideologi dan gerakan masih sama. bidak bidak dipapan catur digerakkan agar buah catur terakhir umno ditawan oleh umno yang memakai baju versi lain versi jahilliah yang lebih moden dan lebih canggih dari umno sekarang. jangan terpedaya dengan permainan agenda asal bukan umno kerana yang menggantikan umno adalah juga umno. jangan terpedaya dengan permainan agenda asal bukan umno. sebab pembangkang sudah lama mahu menjatuhkan umno dengan apa cara sekalipun yang mana umno sudah lama berbuat jahat kepada rakyat. tanpa asal bukan umno atau tanpa nuar berahim pun pembangkang tetap mahu menjatuhkan umno dari pusat pemerintahan diputrajaya.

Ulasan