3.7 juta tidak daftar - kemana hilangnya rakyat ini????

semasa proses pendaftaran pemilih dilakukan disetiap tahun berjuta angka dikeluarkan seolah olah tiada kesedaran dari rakyat malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih. darimana spr mengambil data ini tidaklah diketahui, sepanjang mendaftar pengundi di kawasan yang diamanahkan setiap masa proses ini berjalan tiada lagi anak muda yang ketinggalan untuk mendaftar. gerak gempur dipergiatkan oleh semua parti namun angka angka spr masih belum berubah seolah olah angka itu sengaja diperbesar besarkan. proses pendaftaran pemilih ke rumah rumah sudah dijalankan namun angka itu masih lagi besar. disegenap pelusuk dah dimasuki namun usaha usaha menjejak orang yang tidak mendaftar menemui jalan buntu. angka tetap besar. apa yang tidak kena dengan angka ini. sengaja disebut oleh spr atau ada agenda lain untuk dirujuk.

setiap tahun ramai rakyat malaysia yg akan mencapai umur 21 tahun, dan proses pendaftaran telah dibuat sepanjang tahun tapi angka angka ini tetap tidak berubah. dimanakah menghilangnya 3.7 juta rakyat malaysia ini. apakah mereka tinggal dalam sabut kelapa sampai susah nak dicari. atau tertimbus dengan kehadiran bangla indon dimalaysia. atau angka angka ini sengaja dijaja agar setiap tahun ada penambahan yang boleh disumbat masuk kedalam buku daftar pemilih.roadmap yang dibuat oleh pas diterengganu masih gagal mengenal pasti pemilih yang belum berdaftar, satu dun dijadikan gerak gempur tapi masih belum berjumpa sebanyak mana rakyat malaysia yang cukup umur yg boleh mendaftar sebagai pemilih. sepanjang tahun hanya yang didaftar dalam lingkungan 40k hingga 50k sahaja. apakah 3.7 juta ini satu angka mainan saja untuk spr bercakap dimana mana saja mereka berada.

Ulasan

  1. ada dlm senarai last minute tu, jgn risau. seminggu seblum mgundi nanti ada la senarai tu

    BalasPadam
  2. hehehe hope banyak ada tahun ni, aku nak dgr apa kata blogger hebat yg tak pernah mengundi

    BalasPadam

Catat Ulasan