mat sabu mana janji manis mu

abg mat sabu berjanji sebelum menang dalam muktamar akan memperkasakan majlis syura ulamak dalam pas. sampai sekarang abg mat sabu belum melaksanakan apa yang dijanjikan dan diucapkan dalam ucapan penangguhan muktamar dulu. kalau majlis syura pas berfungsi dengan baik pasti segala benda akan berjalan mengikut keperluan dan tidak perlu menjadi keadaan cacamerba seperti hari ini. semua urusan pas semua orang boleh campur. mat sabu kena kotakan apa yang diucap dan apa yang di kata selama ini. jangan sampai majlis syura hanya terletak dalam kertas putih kosong tak bernyawa. selagi majlis syura tidak berfungsi dengan baik selagi itulah pas tidak akan mampu berhadapan dengan arus dan suasana politik sekarang. jika dulu timb. presiden pas tidak seagresif yang ada sekarang apakah timbalan presiden pas yang baru dan hebat didokongi oleh golongan pro yang tinggi akal dan strategi belum mampu mengangkat majlis syura menjadi satu badan yang disegani oleh lawan dan kawan. samada ahli atau penyokong.

sudah hampir setahun ucapan penangguhan mat sabu dalam muktamar yang lalu. sampai sekarang majlis syura masih lagi senyap sepi. sejuk tanpa bernyawa. bagaimana pas nak menangani isu isu besar tanpa majlis syura ini. jika ini badan tertinggi dalam pas. ia perlu berfungsi dengan sebaiknya. mat sabu perlu menggerakkan jentera yang kaku ini. jangan biarkan ucapan penangguhan mat sabu hanya ucapan menangguhkan kerja kerja yang akan dibuat. sekadar menjadi ucapan. jangan ucapan mat sabu hanyalah ucapan janji manis saja. kemenangan adalah amanah dan setiap amanah perlu dilaksanakan bukan hanya pandai berjanji. setiap jentera yang diberikan kemenangan kenalah berusaha untuk menepati janji janji yang telah ditabur. jangan jadi seperti umno berjanji tapi tak dilaksanakan. jangan sampai cakap tak cukup masa.

Ulasan

  1. tanam tebu di tepi bibir ..huhu

    BalasPadam
  2. aku hanya mengingatkan mat sabu. apa salah ingatkan yg hampir lupa pada janji janji dia. lagipun dia buat dalam ucapan penangguhan. aku masih ingat dan aku nak dia laksanakan apa yng dia janji nk buat.

    BalasPadam
  3. sudah2 la FZT, terimala hakikat yg ust nasa kalah, cubala lagi di muktamar akan datang.

    BalasPadam
  4. hahaha bagi peluang pada yang berjanji apasalahnya. kalaulah hang baca apa aku tulis tentang mat sabu tentu hang tak komen macam ni hahhhaa .. biasalah orang pas selangor. berani sesama jemaah, dengan pkr haram. kalau ada exco jaga kandang lembu pun pkr bagi pas selangor cakap bagus apa kita boleh mendakwah lembu lembu hahahahaa ..

    BalasPadam
  5. ni yg aku nak maree nih. appa plak nak tibai mat sabu ni? sapa kata dia tak besuara? check ni : http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-auku-kuin-pr-akan-bincang-gesaan-aziz-bari-1.20432
    kot2 brita ni ilang ditiup angin lalu:
    "Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang semalam menggesa perikatan itu agar mengenakan tindakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak berhubung isu menyokong penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi menangani lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tahun lalu....
    Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat tertinggi pimpinan PR dalam masa terdekat sekiranya ada aduan.
    "Kita tunggu aduan, sekiranya timbul maka kita akan bincangkan pada mesyuarat tertinggi PR nanti," katanya kepada Sinar Harian hari ini..."

    "..kita tunggu aduan.." ayat cover line. kalu muslimat slangor cerdik sbb pusing jawapan pd reporter, yg ni musti jawapan tahap phd.
    tak payah tunggu lama, meh aku bg tajuk berita utusan, tibi 3: "pas tunduk kpd pkr"

    BalasPadam
  6. aziz bari ni buat aduan pakai no keahlian mana, keahlian dap, keahlian pkr atau keahlian pas. setahu aku aziz bari bukan ahli mana mana ahli politik lagi. pas tunduk kepada pkr sebab tahaluf siasi. kolid samad mesti cakap aku setuju dengan mat sabu hahahahaa...

    BalasPadam
  7. tengok2 dulu la pas gannu kite tu...cakap hebat..menangkan dulu pas gannu kite tu...bunyi blog ni macam org jeles je

    BalasPadam
  8. kita orang tak jeles dengan pas selangor. hahaha pas selangor melutut menyembah pkr untuk menang pilihanraya.nak jeles apa dengan pas selangor setakat jaga adat melayu dan jaga tong sampah kat shah alam hebat apanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan