apakah islam dan pas nak dipisahkan???

cukup mengecewakan bila pelbagai kenyataan dari pemimpin pas terhadap perlantikkan exco selangor menggantikan hassan ali yang dipecat oleh pas. sesama jemaah bukan main garang lagi. keluar semua taring bila bercakap bila dengan pkr menikus bagai tikus jatuh dalam beras, menikus penakut bacul dayus kalau dengan pkr. kalau pkr buat apa pun semua ok semua elok. perjuangan pas adalah islam. jika exco jaga sampah sesuai ke dengan perjuangan islam. mesti pengampu cakap. islam mengamalkan kebersihan jadi kita kena buang sampah ikut peraturan bukan buang sampah merata rata. portfolio infrastruktur dan agama diambil alih oleh pkr supaya senang apa agenda nak dijalankan. aku cukup kecewa bila pemimpin pas begitu penakut dan tidak pandai langsung berpolitik. kalau bersms dengan penarikbeca pandai sangat. boleh sms bila bila masa dengan penarikbeca. mesyuarat kemana keputusan kemana yang tahu tibai presiden.

jangan bising jangan gusar. mb selangor ambik sementara saja portfolio agama. bila reda akan dikembalikan. kenyataan timbalan pesuruhjaya pas selangor iskandar. SU politik mb selangor membalas kenyataan itu dengan mengatakan bahawa fortfolio itu kekal begitu sampai pru ke 13. penarikbeca cuba mengisi kekosongan fakta kononnya samseng seperti baharom pun layak jaga mais dan jais. khalid samad menambah itu strategi bijak. bagi khalid samad kalau pkr buat mesti molek punya tak ada yang tidak molek bagus ajelah. tulangbesi menambah baik kenyataan khalid samad kononnya atas kehendak istana. selama ini tulangbesi dan penarikbeca tidak pernah berbaik sangka dengan istana bila tersempit celah pintu terkepit dicelah kangkang pkr baru nak bersangka baik demi menyokong kenyataan yang dibuat oleh khalid samad.

pkr mula memisahkan pas dari perjuangan agama. cakap cakap pemimpin pas sebab kita bersabar sebab tahaluf siasi. kalau tak ada tahaluf siasi dah lama kita tibai. yelah sebab kita bertahaluf siasi jangan sampai basi sudah. pemimpin pas mula mencari jalan selamat untuk berhujah selepas dimalukan oleh pkr. nanti ada pencacai akan memberi komen bangang dia. masih tak mahu mengaku pas dibuli dan dimalukan oleh pkr. berjuang untuk agama islam akhir diberi jawatan exco sampah. serangan kepada hassan ali dan ustaz azizan akan dibuat untuk memastikan tiada serangan kepada pas selangor. blog blog penyokong khalid samad mulakan memusingkan kenyataan dan menuduh bermacam macam pada orang lain. tulangbesi menyalahkan hassan ali yang akan masuk campur dalam urusan masjid diselangor. penarikbeca dengan kegiatan samseng umno. ulamak G one akan berlakon memberi fakta ilmiah. mesti ada tulisan membandingkan perjanjian hudaibiah le apa lah demi membantu membenarkan kenyataan khalid samad.

Ulasan

  1. perjanjian 'keje-keje bodo' dlm pas ada la hahahaha... kalu jawatan Xco agama pon pas selangor takut nak bersuara, apa sgtla dgn lain2 perkara spt pembahagian kerusi dll. wat keje bodo dlm pas aje yg depa hebat hahaha

    BalasPadam
  2. pas selangor dapat jadi exco sampah. perjuangan pas ialah islam tapi kena jaga tong sampah. kolid samad cakap itu tindakan bijak. iskandar ckp mb ambik alih sementara je. fekah jwb mana ada sementara. pi jaga sampah nun. tulangbesi cakap tu kehendak istana. bilamasa tulangbesi berpihak disebelah sana. bila masa ada mesyuarat sampai skrg pencacai kolid tak menjawab sebab memang tak ada perbincangan. aku tanya nama siapa pas hantar untuk dijadikan exco, pas selangor tak menjawab sebab apa sebab tak leh jwb kalu jwb mesti diketawakan orang. pkr sepak je nama yg dicadangkan. yg lagi best jawab amanah tu berat kita tak mampu pikul. kalau tak mampu pikul di masa jadi exco macamana nak perintah malaysia. last last sekali blog pencacai berusrah kena tibai hassan ali dan ustaz nassharudin bagi tutup malu dibogelkan oleh pkr. pengampu pengampu tak ada hujah nak jawab isu exco sampah ni.

    BalasPadam
  3. tringat aku komen pasal kusrin tak layak jd pngarah jais dulu. rasanya dr org parti adat selangor

    BalasPadam
  4. lawak2,padanla pas terenganu selalu fail, sebab ahli2 spt FZT yg tiada daya pemikiran yg luas.cuba call salah satu dari 7 YB di selangor dan dapat penjelasan directly from them.kalau nak no mereka ana boleh email.maybe anta bole try yb iskandar atau dr shafee yg very close dgn DHA satu waktu dahulu sebelum dia sendiri tersedar.
    haa ana cadangkan dr shafee pasal sama loghat dgn anta.senang sikit

    BalasPadam
  5. kami pas terengganu menang dengan daya usaha kami sendiri tak adalah dapat ludah dari pkr.exco pun hanya dapat exco sampah. aku bukan tak nak call mereka yb pas selangor ni. tapi bila aku tanya hang ustaz nasharudin buat apa skrg sampai laani hang tak jwb. bagi aku hang bagi no kat sini tak apa. blog aku bukan ramai pembaca ada 3 orang je satu hang kapt shiqaqi magn je. kalau hang bagi no hp sr shafee kat sini aku boleh call. cuma yang aku tak pasti betul ke hang nak bagi no. atau no exco sampah hang bagi aku.

    BalasPadam

Catat Ulasan