PAS kemana arahnya

harakah dan harakah daily jadi semakin keliru dengan diri sendiri. langkah mempertahankan diri jelas susun atur suara pas semakin membodohkan diri sendiri. wartawan harakah dah menjadi wartawan media umno. memaparkan berita berita kebodohan dan kebangangan. harakah sepatut menjadi pembela dan pertempur bahagian depan untuk mempertahankan pas tetapi menjadi senjata makan tuan. harakah dah jadi pembunuh senyap kepada organisasi pas itu sendiri. pemimpin pas yang tak sebulu dengan mereka di jadikan sasaran untuk dibunuh oleh harakah sendiri. apakah harakah sudah menjadi tempat bersarang wartawan yang mempunyai aliran pemikiran umno. atau menjadi bom jangka yang akan meletup bila bila masa dan membunuh pemimpin pas didalamnya. harakah sepatutnya menjadi medium yang hebat memperkenalkan dan mempromosi agenda pasti bukan menjadi tempat agenda lain. menjadi tempat sarang setan untuk membunuh manusia yang ikhlas berjuang.

patutlah edaran harakah semakin menurun dan menjadi edaran yang semakin merugikan pas dan sepatutnya ditutup saja. oleh sebab mungkin gaji wartawan harakah rendah atau tak setimpal dengan apa yang mereka berikan kepada suratkhabar ni menjadi sebab mereka menjadikan harakah satu tempat untuk berjual beli berita berita dan menerima imbuhan yang lain datangnya. umno mampu membayar apa saja atas mukabumi ini. setiap orang ada harganya. dan umno tau dimana kelemahannya. proses pembunuhan pemimpin pas sudah dimulakan. permainan sudah berjalan dengan hebat.

hassan ali terus dijadikan asas permainan ini. bersangka baik kepada pemimpin pas bukan untuk mempertahankan hassan ali. hassan ali tak bayar aku sesen pun, dan aku hidup bukan dapat bayaran dari pas. aku tak kutip derma macam tulangbesi, macam adukatakguna, aku boleh cari makan sendiri. aku mampu hidup lebih hebat dari tulangbesi. aku menulis bukan kerana hassan ali tapi sebagai anggota parti aku berhak mempertahankan parti aku. kebodohan ahli parti pas perlu ditegur. hidup biar bermaklumat jangan pandai hantam orang tapi tak tahu apa disebalik nya. selagi hassan ali tak isi borang dan masuk umno selagi itu dia masih ahli parti. apakah kita tak mampu mempertahankan dia. betapa baculnya ahli pas jikalau tak mampu mempertahankan sesama sendiri pun tak mampu.. setiap ahli berhak mempertahankan ahli parti selagi belum dibuktikan bersalah. kalau itu pun dah tak mampu buat apa jadi ahli parti. baik jadi orang atas pagar. tuhan tak sediakan orang atas pagar ini. tuhan sedia 2 tempat 1 syurga 1 neraka. jadi orang atas pagar boleh ke bersenang lenang. tak masuk syurga tak masuk neraka. boleh ke begitu. kalau begitu senang le hidupkan.

siang malam bercakap jangan percaya laporan akhbar media massa umno. tapi bila kena hassan ali percaya pulak. jadi dimana kesimpulan hidup kita ini. jika orang yang kita tak suka kita percaya laporan media massa umno. jika orang yang kita suka tak percaya. apakah laporan media massa umno sangat tepat setepat keputusan no ekor. itukah yang kita nak bawak dalam parti pas. ada puak ada team. sebagaimana umno. bunuh sesama sendiri demi merebut kebendaan. itu kah yg nak dibawa ke dalam pas. jangan jadi bodoh sangat. kita wajid mempertahankan jemaah kita selagi belum mereka keluar dari parti. apakah kita lupa apa yg diajarkan. kita biarkan pemimpin kita diserang kiri kanan dan kita pulak yang menambah dengan berita sensasi. jangan jadi lembu untuk disembelih.

Ulasan