gerakkan jentera PRU

zaman mendodoi dah berlalu. jentera parti perlu digerakkan dengan segera. ayuh turun ke semua kubu kubu umno. jentera parti tak perlu tumpukan pada tempat yg sudah menang. umno berkubu di kampung kampung. pecahkan kubu kuat mereka dikampung kampung. umno dah mula mengerakkan jentera mereka dikampung. dibandar mereka dah tak pandang lagi kerana mereka tahu mereka sukar untuk menang di bandar. tak guna lagi duk berfikir masalah remeh temeh. duk bertanya soalan soalan bangang kepada pemimpin pembangkang. tak perlu ada nyanyian solo tepi jambatan. tak perlu buat keja yang tidak memberi faedah kepada perjuangan rakyat. jangan duk fikir benda benda yang bangang. jentera perlu bergerak aktif mulai sekarang. kalau tak boleh menang di putrajaya perlu mempertahankan negeri yang sudah menang. jangan ingat umno akan bagi laluan mudah untuk pembangkang menang di negeri yang telah mereka kalah.

sepanjang persidangan umno.perwakilan didedahkan dengan pelbagai teknik dan strategi yang boleh membuat mereka merampas kembali negeri yang jatuh ketangan pembangkang. umno boleh buat apa saja. dan umno boleh bertukar rupa. kita lihat bagaimana tpm umno boleh membaca alquran dengan fasih. isu isu ini sengaja dimainkan oleh umno untuk mengaburi mata rakyat. berulang ulang kali dimainkan bagaimana fasehnya muhyidin membaca doa. digambarkan bagaimana tpm yg ada begitu hebat dengan ilmu islamnya dan mampu memimpin rakyat malaysia apabila najid menyerahkan jawatan. peralihan kuasa kenalah tertib dan beradat dan berilah peluang kepada mereka akan dapat memimpin malaysia lagi. itulah cara halus yang dimainkan oleh umno jika rakyat membanci najid sekarang kerana kebodohan rosmah mansor

umno dah mula berkubu dikampung kampung. segala jenis benda dah mula sampai ke kampung kampung. jalan raya dah mula berturap. perwakilan dah mula memberikan habuan kepada rakyat. dan janji janji manis mula ditaburkan. kerajaan negeri pakatan rakyat sepatutnya sudah sedar hakikat ini. jentera penerangan kerajaan negeri pimpinan pakatan rakyat amat longgar mengenai penerangan ini. kerajaan negeri seolah olah malu untuk berjumpa dengan rakyat. mungkin kerana apa yg dijanjikan tak mampu di lunaskan dengan cepat sebagaimana dalam manisfesto. jika dibiarkan ini berlaku pasti akan jatuh ketangan umno. mereka dah pastikan dia mana perlu membuat serangan. dan keupayaan umno memberikan hadiah kepada pengundi adalah begitu tinggi. mereka sudah ada target untuk menang walaupun tipis dan kembali memerintah.

Ulasan