umno terengganu menang besar

Umno terengganu dibawah pimpinan mat said telah berjaya menyelesaikan pilihanraya olok olok di terengganu. dan hasilnya umno terengganu terus mengekalkan kerajaan mereka di terengganu. PAs akan kehilangan 4 kerusi lagi dan mengekalkan kerusi tradisi mereka di 4 dun yang biasa pas menang. umno tidak mengambil kira jika berlaku pecahan dun dan parlimen mereka akan tetap menang besar sebagaimana biasa. walaupun ada ura ura dari pihak spr yang mahu melakukan belah bahagi kawasan dun dan parlimen yang mana negeri terengganu sepatutnya sudah mempunyai 10 parlimen dan 38 dun. kebodohan umno dalam usaha mengekalkan kuasa mereka, umno terus membiarkan terengganu tiada penambahan parlimen dan dun kerana jika berlaku pecahan kawasan mereka terpaksa menerima hakikat bahawa banyak kawasan yang akan hilang. demi mengekalkan kuasa mereka, mereka terus membiarkan dun dan parlimen kekal sepanjang masa. walaupun pengundi hampir mencecah 100 satu parlimen. betapa bangang dan bodohnya mereka.

dengan bujek hampir mencecah 3 juta, umno melakukan pilihanraya olok olok sebagaimana arahan deris natang. sebagaimana biasa pengundi yang mengundi mereka akan diberi wang rm100 dan pertugas pilihanraya akan mendapat lebih dari itu. hasil dari undi olok olok ini akan dipersembahkan oleh mat said kepada najid. deris natang pasti tersenyum dengan usaha ni kerana ianya adalah idea deris natang. mereka tak perlukan jentera yang effisen sangat dalam berkempen atau apa saja yang melibatkan pilihanraya kerana ada wang segalanya dapat dibereskan. berkempen sampai keluar anak tekak atau sampai pengsan yang pasti wang dapat mebereskan apa yang tidak beres. yang mana merajuk dengan parti dapat dijinakkan dengan wang.

dengan keadaan ekonomi yang begitu lemah umno masih lagi mampu berbelanja mewah dan memberikan wang kepada pengundi. jika pilihanraya olok olok mereka sudah memberi rm100 bermakna jika pilihanraya yng benar berlaku bermakna lebih dari yang mereka bayar sekarang. masa berkempen hanya perlu tunggu sehingga saat akhir dan malam terakhir sebelum mengundi mereka akan mengeluarkan senjata yang ampuh untuk menawan hati pengundi pengundi untuk mengundi umno. yang pasti senjata ini sukar dikesan. sprm pun tak mampu mengganggap ini adalah rasuah sebagaimana biasa kerana ia pemberian ikhlas dari kerajaan utk rakyat. jadi soal rasuah tidak akan timbul. sprm akan membisu sebagaimana setanbisu berdiam diri. datanglah jentera yang boleh beroperasi 24 jam non stop pun pembangkang akan tewas dengan mudah dengan senjata ini. simulasi pilihanraya sudah berakhir. mac 2012 akan diadakan pilihanraya. itu masa terbaik utk umno menang dan kembali memerintah.

Ulasan