tanpa pemimpin bagaimana utk berjuang

tulisan penarikbeca asal bukan umno begitu menarik untuk dibaca  tapi tak menarik untuk diguna pakai. konsep berjuang tanpa pemimpin yang penarikbeca perkenalkan begitu hebat. rashid alghannushi berkata bahawa kebangkitan rakyat adalah sebab utama untuk mengajar dan membunuh pemimpin gila kuasa. apakah betul pandangan penarikbeca atau fahaman penarikbeca yang salah atau saja nak menunjukkan kehebatan dia memahami gerakan revolusi dan reformasi dalam menentang kezaliman dan kejahatan pemerintah. apakah rrashid alghanusshi tu bukan seorang pemimpin atau dia hanyalah cheer leader. ketua sorak sorai dalam permainan bola sepak atau apa saja. apa yang dimaksudkan oleh penarikbeca tanpa pemimpin. gerakan islam perlukan pemimpin atau gerakan reform pun ada ketua bangangnya. bukan wujud seekor diri tanpa ada sesiapa saja. nak buat perhimpunan bersih ada ambiga apakah itu bukan pemimpin. atau penarikbeca saja mahu melontarkan sakithati beliau kepada beberapa pemimpin pas yang mengatakan ikhwan dimesir sebagai pelopor kebangkitan rakyat.

gerakan angkatan pemuda insaf (API) pun ada pemimpin. semua gerakan ada pemimpinnya. gerakan menumbangkan dynasty cina pun ada ketua dan persatuan. bagaimana nak menggerakkan semangat kebangkitan rakyat jika tiada pemimpin. negara penarikbeca iran pun ada pemimpin khomeini yang menjadi tunggak kebangkitan rakyat. apakah penarikbeca lupa negaranya juga ada pemimpin. apakah kebodohan penarikbeca ini kerana kebencian kepada beberapa pemimpin pas ia menulis perkara perkara bodoh seperti ini. negara perlu ditadbir dengan adanya pemimpin. contoh terbaik nabi muhamad adalah pemimpin. apakah penarikbeca lupa semua itu sebab kebencian kepada beberapa pemimpin pas yang bukan sealiran dengan otak dia yang amat canggih. syiah pun ada ketua. tak akan fahaman syiah dimalaysia wujud hanya dengan gabungan idea beberapa kerat manusia tak ada pemimpin.

jangan guna ayat rashid alghanusshi hanya untuk menghentam pemimpin pas yang tidak sebulu dengan pemikiran canggih penarikbeca. banyak lagi idea yang penarikbeca boleh tulis. bukan membodohkan orang lain dengan mengatakan pelopor kebangkitan rakyat mesir bukan dari ikhwan. penarikbeca bukan kenal pun dengan orang ikhwan sekadar baca suratkhabar lama atau dapat info dari tok guru bakistani yg mengaruk. didunia mana pun setiap gerakan kebangkitan rakyat bermula dengan pemimpin kecil kecilan. idea yang dicetuskan samada kecil atau besar. tanpa pemimpin bagaimana rakyat nak bergerak. mengundi pun nak memilih pemimpin. mesyuarat semasa kematian nabi muhammad pun nak cari pemimpin akan rakyat islam masa itu. dalam solat pun ada imamnya. bagaimana nak solat berjemaah kalau tak ada pemimpin. jadi aku tak berapa nak faham tulisan penarikbeca.

bagi aku setiap apa benda gerakan menjatuhkan kerajaan umno ke kerajaan setan ke kerajaan israel pun perlukan pemimpin. rakyat berhimpun pun idea dari seorang. sebagaimana peristiwa yang sudah sudah. apakah tersusun gerakan tanpa pemimpin. sebab jiwa penarikbeca yang benci kepada pemimpin yang tidak sekepala dengan kepala beliau, penarikbeca benci sungguh sungguh kepada pemimpin. beliau sendiri tanpa sedar adalah pemimpin gerakan reform geng anti perpaduaan. apa yang beliau cakap diangkat menjadi pegangan hakiki perjuang membenci pemimpin pas. kongsi gelap pun ada pemimpin. usrah barbican pun ada naqibnya. geng langgar haji hadi pun ada pemimpin. atau saja saja je buat lawak.

Ulasan