tak perlu pilihanraya berasingan dari parlimen

tok guru nik aziz mengambil jalan bijak dan cerdik tetap mengadakan pilihanraya bersama dengan parlimen andai kata parlimen akan dibubarkan. aku meyokong penuh kenyataan tok guru yang mana mahu pilihanraya dewan undangan negeri dilakukan serentak diseluruh negara. bagi yang merasakan pandangan tok guru tak seriring dengan pemikiran kritis mereka pasti merasakan tok guru tak pandai dan penakut. kenapa tok guru memilih untuk masih bersama lagi membubarkan dewan undangan negeri. tok guru telah banyak pengalaman dalam mengemudi parti PAS dalam menyertai pilihanraya umum dan sepak terajang politik umno dan strategi mereka. banyak perkara yang perlu diambil kira untuk mengadakan pilihanraya peringkat DUN walaupun pakar strategi dari atas langit mengatakan bagus mengadakan pilihanraya dewan undangan negeri berasingan. dan aku tidak percaya bahawa semua negeri pakatan rakyat tidak dibubarkan oleh pemerintah. aku yakin dan percaya semua negeri semenanjung akan mengadakan pilihanraya umum bagi dewan undangan negeri secara bersama dengan pembubaran parlimen malaysia.

bagi aku pilihanraya umum terlalu berisiko tinggi kepada negeri negeri pakatan rakyat. umno dan jentera parti dan kerajaan akan menggunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin. bukan kerana jentera parti pas takut untuk berhadapan dengan jentera umno tapi biasanya umno akan mempunyai satu strategi yang jauh kedepan dan mampu membunuh jentera pakatan pembangkang dalam masa sejam sahaja. bagi yang tidak turun ke bawah melakukan culaan undi atau pengundi lama pengundi baru dan pengundi berpindah alamat mereka menyangka semua itu terlalu mudah. bagi yang tidak bekerja diperingkat bawah mereka tidak akan faham susah payah untuk memastikan daftar pengundi benar tulin dan disahkan asli oleh SPR. jika kita meninjau sejarah pilihanraya umum, 2004 diselangor masa mengundi dilanjutkan sehingga pukul 7 malam. ini bermakna pengundi yang ada dipantai timur mampu balik untuk mengundi di selangor. apakah kita masih buta dengan permainan ini. kita sengaja menempah penyakit jika mengadakan pilihanraya berasingan dengan parlimen.

masa kerja pekerja pekerja parti pembangkang atau PAS akan bertambah 2 3 kali ganda. apakah pertugas PAS dibayar gaji sewaktu menjalankan kerja kerja parti. jika dua kali diadakan pilihanraya umum, jika parlimen 10 hari diberikan masa berkempen bermakna didewan undangan negeri akan bertambah menjadi 10 lagi. bermakna pekerja pas yang bekerja sendiri terpaksa tidak bekerja selama sebulan paling lekeh untuk berkhidmat untuk parti. siapa yang mahu menyuap anak isteri mereka dirumah. pas tidak mampu membayar gaji kepada mereka. mereka bukan dari golongan berada. buat kerja parti pun pakai duit sendiri. dikedah diujudkan tabung buluh untuk menghadapi pilihanraya umum. parti pas sendiri kekurangan dana bagaimana nak menyara pekerja pekerja parti. yang bercakap dan menulis boleh menulis apa saja. tok guru nik aziz bukan penakut tapi pakar strategies yang sudah masak dengan tipu helah umno.

umno pasti suka jika pakatan rakyat mengadakan pilihanraya berasingan. walaupun diambil kira keadaan semasa seperti disarawak dap menang besar. apakah itu menjamin keadaan yang sama berlaku disemenanjung. umno boleh merampas negeri pakatan rakyat dalam keadaan senyum sahaja kerana melakukan kerja kerja pengubahsuaian data pengundi menjadi begitu mudah.pecahan pecahan data akan disusun dengan mudah. tiada berlaku bantahan walaupun akan dibantah. umno pasti menang mudah. walaupun mereka mengecam kononnnya pakatan rakyat ego tapi mereka terlalu gembira jika pakatan rakyat berjaya membubarkan dun selepas parlimen sudah beroperasi kembali. operasi mereka menjadi mudah dan senang. negeri pakatan rakyat mudah tumbang dengan apa cara sekalipun. jangan ingat umno lemah. walaupun orang bercakap siang malam mereka lemah. mereka mempunyai beribu berjuta juta muslihat untuk mengalahkan pakatan rakyat. sejarah membuktikan umno boleh bertukar rupa dalam apa keadaan sekalipun. ada benda yg boleh didedahkan untuk public ada yang perlu disimpan biarlah menjadi rahsia kepada yang tidak faham sepak terajang politik malaysia.

Ulasan