MTUC berani atau bacul

nampaknya sebilangan orang percaya dengan keberanian mtuc tapi nampaknya mtuc tak berani sepertimana yang digambarkan. MTUC sepertimana biasa bacul dalam menghadapi kerajaan umno. walaupun ahlinya menjangkau jutaan namun sifat penakut ketua mTUC jelas dalam kenyataan terbarunya. Setiausaha agung MTUC menjelaskan pendirian rasmi MTUC adalah sebagaimana biasa. melutut dan menadah tangan meminta sedekah daripada kerajaan umno. MTUC bukan parti politik dan tidak akan berperang menurut kata setiausaha agungnya. kenyataan sedap mulut oleh setiausaha kewangan mtuc disangkal dengan cepat oleh setiausaha agung. dan apakah kenyataan setiausaha agung adalah kenyataan rasmi kongress pekerja. jika itulah pegangan rasmi kongress mtuc ia akan selama lamanya bacul dan pengkhianat kepada golongan pekerja yang diwakilinya.

dinegara lain kongress pekerja adalah golongan pendesak kerajaan yang amat berpengaruh. ketuanya amat disanjungi dan digeruni oleh parti pemerintah tapi dimalaysia ketua dan pemimpin mereka hanya menjadi alat pemerintah dan terus bacul sepanjang zaman. betapa malang nasib pekerja pekerja yang bernaung dibawah mtuc. ia sekadar persatuan lebih kepada persatuan hiburan semata mata. adakan majlis makan malam hujung tahun, mendengar ucapan pengerusinya saban tahun tanpa ada apa apa peningkatan kepada nasib pekerja yang akan terus ditindas oleh kerajaan  umno. inilah nasib persatuan pekerja malaysia. pemimpin kesatuan hanya pandai membodek mengampu kerajaan.  apa yang diberi oleh kerajaan umno akan diterima dan disambut baik walaupun dikira menghulurkan leher untuk disembelih hidup hidup. dan pemimpin pengampu kesatuan sekerja akan membuat kenyataan mengampu dan mengucap terima kasih kepada kerajaan umno.

selagi mtuc dipimpin oleh orang orang yang penakut dan bacul pasti mtuc hanyalah satu kesatuan wayang kulit. hanya tok dalang yang mampu menggerakkan semua patung patung kulit didepan dengan menggunakan pelbagai suara. natijahnya mtuc hanyalah puppet kepada pemerintah. mtuc hanya tingggal kenangan jika ia terus membodohkan diri mereka kerana semakin lama ia akan semakin jauh dari matlamat asal penubuhannya. membela pekerja pekerja dari terus ditindas oleh kerajaan bangang umno. menjadi kesatuan sekerja yang hanya patuh dan tunduk kepada arahan dari kerajaan umno. tiada lagi suara garang dari mtuc yang menggerunkan kerajaan umno. walaupun mempunyai keahlian menjangkau satu juta orang namun suara mtuc tak lebih dari 10 orang sahaja. tak mampu membuat kerajaan umno kecut perut. umno boleh menjentik kepala mtuc dan menyekeh kepala pemimpinnya sesuka hati.

Ulasan