merayau rayau dalam alam maya

dengan kesuntukan masa utk keluarga utk parti aku jarang menulis sekarang. hari yg lapang boleh digunakan untuk merayau rayau dalam alam tanpa batasan tanpa sempadan. banyak benda yg tertinggal. banyak benda aku tertinggal. dalam merayau rayau aku terjumpa blog perisik husam kata kickdefella yang sibuk dengan agen johnsen yg sibuk mencari salah silap kerajaan kelantan selepas dibela oleh sugarmama umno. kickdefella yg disanjung oleh sebilangan penyokong pembangkang dengan tulisan melangkau zaman dan akhirnya disumbat dlm lokap. akhirnya kickdefella menjilat segala muntah nanar bisul umno yang pernah dicaci nista selepas husam tak mahu lagi membela dia. akibat kekurangan dana makan kedarah dia kembali ke tempat asal usulnya menjadi baru balaci pencacai kepada umno demi sesuap nasik. kes serangan batu sampai sekarang tak penah selesai. dan berhadapan dengan kes saman husam pula selepas ini.

kita tinggal kickdefella dan agent johnson dia. kita masuk ke dalam arena oneG ustaz yang didewakan oleh golongan hebat. tempat rujukan muktabar oleh orang seperti adukatakguna, penarikbeca tulangbesi dan juga sekutunya. isu yg oneG timbulkan adalah tok guru nik aziz tak perlu bertanding. apa jua saranan yang dibuat oleh oneG bagi aku adalah sampah sarap. dari awal sampai akhir ulasan yng diberikan oleh OneG adalah tak ada alasan kukuh selain hanya mencari nama dan pengaruh. soalan dari adukatakguna yg semakin membosankan. sudut teknikal ke sudut tepi adukatakguna memang betol betol tak guna. dari awal sampai akhir bual bicara oneG adalah memalukan kerana tidak menjawab keseluruhan sebab sebenar kenapa tok guru nik aziz tidak perlu bertanding dalam pru13

orang pas rasanya tak lah sebodoh seperti pandangan oneG dan adukatakguna. bercerita apa yg akan berlaku selepas pru13. dengan masa terhad dengan keuzuran tok guru, semua belum menjawab kenapa tok guru nik aziz tidak perlu bertanding.apakah selama ini oneG tidak sedar bahawa tok guru hanya penyedia dasar dan yang menjalan dasar adalah orang lain. kenapa terlalu bodoh oneG dan adukatakguna memahami keadaan pentadbiran negeri. grassroot yang kuat dapat mendokong pentadbiran kerajaan. jika foundation sendiri gogeh goyang pasti ketua tumbang tanpa kubur. kekuatan tok guru bukan kepada apa yg cuba digambarkan oleh oneG. apa jua soalan adukatakguna atau yg terdapat dalam sembang sumbang itu, tak menjawab apa yang dilemparkan.hanya sekadar menyedapkan pandangan yang tidak dibumi yang nyata.

tok guru nik aziz dah uzur tapi masih diperlukan menjelajah negara, apakah betul kenyataan bangang oneG ini atau apa muslihat dia sebenarnya dalam membentangkan hujah beliau yang semakin membiulkan dikalangan orang ramai. apakah politik yg cuba dimainkan oleh oneG atau sekadar mencari glomour seperti penyanyi dan artis. dan aku cukup takut dengan situasi kebodohan begini akan terus melanda rakyat malaysia akibat ketidaktentuan pemikiran orang bijak yg memang terang digambarkan kebodohannya. memburukkan situasi yg sudah ada. keperluan berfikir diluar kotak pemikiran tidak sampai dimana mana tapi memudaratkan apa yang akan terjadi.

Ulasan