lupakan putrajaya dan pertahankan negeri yg ada

penambahbaikan untuk pilihanraya seluruh malaysia dalam 8 tuntutan pihak bersih tidak akan dilayan oleh umno kerana ia akan memastikan umno tersungkur dan tersembam jatuh kebumi. apa jua yang idea diketengahkan oleh untuk penambahbaikan untuk pilihanraya malaysia tetap disepak ke longkang. secara jujurnya boleh dikatakan pembangkang masih jauh dari segi strategi perang saraf atau apa serba mak nenek yang umno ada. sejak merdeka dan sejak umno memerintah malaysia umno menggunakan segala tipu daya yang ada untuk mengalahkan lawan mereka samada di tong peti undi atau membeli secara pukal untuk mengelakkan umno tersembam. strategi mereka hanya pecah selepas mereka mengambil alih sesuatu negeri secara paksa dan dengan muka tiada maruah. umno dengan bersenang lenang jika mereka mahu mengambil alih sesebuah negeri.

aku tertarik dengan pembentangan kertas cadangan dari pesara kerajaan yang mana mengenai sempadan dan belah bahagi kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. aku masih tidak lupa apa yang dicadangkan oleh tok guru haji hadi yang meminta lebih banyak kawasan sempadan baru diwujudkan diterengganu. pandangan ini disambut sinis oleh golongan bangang reform yang mana mengatakan pas suka dengan umno (geng perpaduan). benda ini telah ditulis dan dilontarkan kepada umum tetapi masih tidak difahami oleh manusia bangang terutama kumpulan reform. apakah bila seorang berbangsa cina mengutarakan pandangan ini ia disambut baik dan membuka mata segelintir pemerhati politik. bagi aku ini semua sudah lama diutarakan dalam perbincangan tetapi kumpulan reform tidak memahami apa yang mereka faham apa itu politik. apabila tok guru minta lebih banyak kawasan melayu untuk dun dan parlimen mereka mengatakan tok guru suka kepada perpaduaan.

aku mengambil contoh simple saja dikawasan parlimen kuala terengganu sudah beberapa penggal tidak dibelah bahagi kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. sepatutnya dari segi kriteria kuala terengganu sudah boleh dibahagi dua menjadi dua parlimen dan 8 atau 7 dewan undangan negeri. terengganu masih mengekalkan 8 parlimen dan 32 dewan undangan negeri selama beberapa penggal. apakah proses belah bahagi terengganu tidak termasuk dalam semangat federalisme. bila tok guru meminta daripada spr bermacam tuduhan dan kecaman dari puak puak bangang. aku pun heran dengan kebijaksaan mereka yang menulis dalam blog. bila pandangan ini dilontarkan dalam majlis barulah mereka membuka mata. bagi aku sudah lama isu ini diketahui kecuali orang yang tidak memahaminya.

sepatutnya tahun ini atau tahun depan terengganu akan mendapat 1 parlimen dan 3 dewan undangan negeri. tapi apakah spr akan menangguhkan lagi pemberian kawasan parlimen baru dan 3 dewan undangan negeri. permainan ini sudah lama berlaku dan sudah disedari lama. dizaman nuar berahim dalam umno lagi sudah disedari bahawa umno memang akan mengecilkan kawasan yang mereka sudah tahu akan menang. bagi aku proses belah bahagi kawasan parlimen dan dewan undangan negeri tidak akan berlaku selagi umno boleh menang dengan mudah. kriteria yang dibuat oleh spr boleh dilanggar dan digunakan sesuka hati oleh umno. sebagaimana mereka merampas perak mereka boleh guna apa saja kerana pembangkang ada hanya gusi dan lidah. ditambah dengan idea idea mengaruk blogger reform yang masih berhingus dalam politik. yang hanya sibuk mencari salah silap untuk memastikan pemimpin pembangkang menjadi maksum.

pandangan pesara kerajaan itu bagi aku hanyalah memanaskan lauk yang ada dan membuka mata pemerhati politik yang jahil sepak terajang politik malaysia. membuka mata kepada penganggum pemimpin yang baru. idea yang diketengah tidak salah tapi hanya memanaskan keadaan yang ada. bila dilontarkan oleh yang tidak berkepentingan ia menjadi topik hangat. kalau tok guru presiden pas lontar inilah idea perpaduaan nak berselingkuh dengan umno. pendapat bangang yang tak akan habis sampai bila bila. bila akal tidak digunakan sebaik mungkin inilah jadinya. memandang serong dengan apa yang ada tanpa menggunakan akal yang waras.

Ulasan