aduka memang takguna

adukatakguna tersalah arah macam biasa. melanggar mana yang tak sama dengan pemikirannya. hujah hujah dangkal kembali seperti biasa. apa yang ditulis hanyalah untuk kepuasaan dirinya sendiri betul atau salah tak diambilkira. siapa saja boleh dilanggar oleh adukatakguna. sepatutnya adukatakguna selidik dulu tapi sebagaimana biasa aduka dari dulu memang tak guna. malaysiakini yang menjadi kitab rujukan mazhab adukatakguna dan puak puak reform menjadi mangsa kali kini sebab tak mengikut selera mereka. selagi boleh balun mereka akan balun. kitab yang menjadi rujukan dilempar dan dibuang dengan mudah oleh puak reform. kalau one g tak mengikut selera mereka pasti one g pun dicampak kelongkang. lagipun one g bukan berguna sangat kepada mereka sekadar ada untuk menumpang selagi boleh.

wartawan malaysiakini seperti biasa akan melaporkan benda benda yang tak betul. dan jika mereka beroleh kebaikan mereka akan kekalkan sebagaimana biasa. bagaimana malaysiakini boleh beroperasi jika tak condong kepada pemerintah. sesuatu yang kena pihak pembangkang pegang sampai bila bila selagi belum memerintah malaysia.watau sesiapa wartawan malaysiakini boleh memusing fakta mengikut selera mereka dan selera siapa yang berada diatas mereka. apakan media ini beraliran pembangkang? jangan mimpi pembangkang nak dapat berita sebenarnya dari mereka. jika terlampau banyak berita pembangkang malaysiakini akan menjadi sejarah tidak berapa lama lagi.

bagaimanakah hubungan rapat adukatakguna dengan wartawan malaysiakini, apakah malaysiakini tak dapatkan kebenaran dulu dari adukatakguna untuk menyiarkan berita. kalaulah betul hubungan rapat mereka berlaku atau hanya digunakan saja adukatakguna. apa jua yang adukatakguna kata mengenai malaysiakini ianya hanyalah helah sementara mencari jalan keuntungan diri sendiri. aku tak nampak apa apa kebaikan untuk malaysiakini kecuali untuk adukatakguna. berita begini adalah mainan malaysiakini sebagaimana jahatnya mereka melaporkan berita semasa muktamar pas. pembangkang jangan jadi bodoh sebagaimana biasa. apakah medium media berlaku adil kepada mereka. jangan bermimpi disiang hari.

Ulasan