himpunan sejuta umat

Pas dah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan terlibat dengan perhimpunan ini. himpunan sejuta umat islam dalam isu murtad. semua umat islam dikatakan ramai bersetuju untuk hadir tapi atas nama individu bukan atas kapasiti parti ngo atau apa saja platform yg mereka berada sekarang. apakah salah sekali sekali umat islam bersatu dan menyatakan kekuatan mereka. apakah salah umat islam menyatakan bahawa mereka tak akan membiarkan murtad bermaharajalela dimalaysia. apa  jua pandangan dari pelbagai pihak perlu diambil kira. murtad isu islam tak kiralah islam dalam anutan bagaimana pun. apakah kita rela membiarkan islam terus dibodohkan sebagaimana sekarang. penganut islam memperlekehkan ugama mereka sendiri. kegagalan dakwah atau penganut islam sendiri yg bangang dan bodoh dalam memainkan isu isu ini. yg hebat dalam berugama hanya pandai memusing dan membuat islam sebagai tempat mencari makan. inilah dunia akhir zaman yg ditakuti oleh nabi dan kita berada dalam abad yang menakutkan ini.

jangan kerana nak dapatkan undi islam umat islam banyak sangat bertolak ansur. banyak benda lain yg boleh ditolak dan ansur tapi bukan berugama. jangan kita tukar agama islam dengan benda benda yang akan menjadi sejarah dan kenangan abadi dalam hidup kita dan kita menyesal sepanjang hayat. jangan banyak sangat memberi dari menerima pulangan yg sewajarnya. alasan bangang yang selalu aku dengar dan baca himpunan begini akan menjauhkan umat bukan islam dari islam. kenapa bila kaum kristian berhimpun kita tak cakap macam tu. apakah bila umat islam berhimpun saja akan menjadi satu isu besar. penganut islam sendiri yang memperlekehkan apa jua tuntutan umat islam. apakah solat kita sudah tak berguna sampaikan nak nyatakan agama islam itu sendiri dah takut.

aku bukan menyokong himpunan ini tapi aku nampak sekarang apa saja yang pas buat akan diperlekehkan. pas buat kenyataan dua kerat dicemuh. pas buat kenyataan panjang dikatakan bangang. semua menjurus kepada kebencian kepada pas. dengan kegiatan beberapa ustaz yg hebat duk berdendang dalam pas sekarang begitu terserlah dengan ucapan dan tulisan yg membodohkan orang ramai. dan juga penulis penulis yang bodoh dan bangang memberikan pandangan mengikut selera mereka. tanpa berpandukan alquran alhadith mereka langgar asalkan mereka mendapat sokongan. tanpa memperdulikan apa lagi ajaran tok guru atau juga ustaz yang siang malam duk berjuang mendaulatkan islam. cara mereka adalah memperlekehkan dan mempersendakan apa saja ajaran tok guru, bukan salah memberikan pandangan tapi apakah pandangan yg tiada menjurus untuk kebaikan islam boleh diterima pakai atau akan membuat islam sendiri berdagang kembali. bukan umat bukan islam menjauhkan diri tetapi penganut islam sendiri tak kenal apa itu islam kerana merasakan diri mereka terlampau hebat

Ulasan