terima kasih mat sabu

serangan bertali arus kepada timb presiden pas mat sabu belum sampai ke penghujungnya. mat sabu dikatakan mengangkat pejuang komunis menjadi hero kebangsaan. setelah sekian lama di momokkan oleh umno bahawa umno sajalah pejuang melayu ditanah melayu. sejarah yg dibaca dan ditanam begitu baik oleh penjajah british dalam kepala otak dan minda dan juga jiwa rakyat malaysia. jika sesiapa yg mengikut ceramah mat sabu dari dulu sampai sekarang dan ia berkembang dengan baik selepas media umno memainkan isu ini. media umno cuba membunuh karektor mat sabu dan juga imej pas selepas mengedit kata kata dalam ceramah mat sabu. riuh semalaysia angkara mat sabu. begitu kejam mat sabu dikecam menjelang raya dan selepas hari merdeka. media umno cuba sedaya upaya memainkan isu ini dikala umno tiada taring lagi untuk menyambut merdeka.

dalam keadaan suhu pejabat 24 darjah celcius penghawa dingin dipasang umno cuba mencari tapak sejuk untuk meraihkan simpati rakyat. suhu berbahang di semua pejabat kerajaan cuba disejukkan dengan isu isu yg dicakapkan oleh mat sabu. begitu hangat dan dikatakan boleh membakar imej pas sebagai perjuang islam di malaysia. beribu laporan polis dibuat beratus ratus tunjuk perasaan yg dihalalkan oleh umno untuk mengecam pas dan mat sabu. mat sabu terus dihujani pelbagai tohmahan bodoh dan bangang dari pihak umno. naina bangang dari penang juga mengambil kesempatan membelasah mat sabu dengan isu tuntutan berlebihan akhirnya malu setelah didapati menipu dalam membuat kenyataan akhbar.

Dengan ucapan mat sabu barulah kerajaan umno lembu sedar yg balu bukit kepong tak menerima pencen dari kerajaan malaysia. kerajaan malaysia baru berura ura nak membayar wang pencen kepada balu polis yg terlibat dlm peristiwa bukit kepong. 54 tahun merdeka baru sedar dari lamunan yg panjang. 54 tahun merdeka baru tahu yg lagu negaraku adalah dari rentak terang bulan. terlalu lama lena dibuai oleh penjajah umno dan british, baru semua terbangun dari mimpi indah yg panjang. semua tergopoh gapah menibai orang. semua berharap mat sabu di belasah bersama pas. akhirnya mat sabu berjaya melaluinya dengan tenang.

Ulasan