tsunami hari raya

hari raya sepatutnya disambut dengan perasaan gembira bukan berlebih lebihan dengan membeli segala macam benda atas mukabumi ini. menyambut hari raya dengan berlebihan dari menyambut ramadhan almubarak. kristian berjaya memusingkan hampir semua sekali ajaran islam kepada ajaran mereka. berpuasa bukan lagi bulan yg dijadikan untuk beramal ibadat tetapi sebagai satu tiket untuk menyambut hariraya. yg tak solat pun menyambut hariraya lebih laju dari orang lain. yg berpuasa lebih garang dari hari biasa. menyinga lebih dari biasa kerana lapar. apakah umat islam akan terus membiarkan ajaran islam terus dipesongkan begini atau mencari jalan untuk memulihkan keadaan yg sudah terbalik sejak berzaman. setelah yahudi dan nasrani berjaya memusnahkan ramadhan almubarak dengan memberikan manusia islam pesta yg berlebihan menyambut 1 syawal. puasa bukan lagi ajaran islam, ia disambut kerana sudah berzaman nenek moyang berpuasa. tanpa baju baru, tanpa kuih muih tanpa makanan beraneka juadah apakah raya tidak lagi bermakna. makanan melempah ruah sampaikan dibuang kerana tidak habis dimakan. semua miskin kaya cuba menyediakan sebanyak mungkin juadah berhariraya. tetamu yg datang membalun sampai tak cukup perut. ramadhan al mubarak hilang sekelip mata. ramadhan baru berlabuh manusia sudah hilang allah hilang rasulnya.

ramadhan al mubarak bukan lagi bulan kemenangan umat islam, syawal menjadi pemusnah dengan segalanya yg mana ia dilakukan oleh yahudi dan nasrani. tanpa disedari umat islam terus dipesongkan dari ajarannya. walaupun kita menyedari tanpa sudah menjadi kemestian menyambut syawal dengan lebih meriah dari ramadhan almubarak. dalam ramadhan ada satu hari yg lebih baik dari seribu bulan tapi semua itu tak dihiraukan dan dipedulikan oleh orang islam. makin hampir dengan syawal makin kosong saf saf makin kurang makmun. makmun dan tok iman berebut sama dengan orang lain dipasaraya digedung membeli belah. ramadhan ditinggalkan sepuluh malam terakhir. umat islam dulu meraikan 10 malam terakhir di masjid surau bertadarus memohon dan cuba mencari malam yg lebih baik dari 1000 bulan. umat islam sekarang 10 malam terakhir makin galak makin sibuk mencari sesuatu untuk sehari saja. terlalu sibuk mengejar hariraya. 10 malam terakhir dilupakan terus dan yahudi dan nasrani berjaya memusingkan ini. apakah umat islam tahu dan sedar yg ini mungkin ramadhan dan syawal terakhir mereka?

Ulasan