sampai kiamat mesti ada yg tak puashati

kegilaan dan kebodohan sebahagian besar penyokong atau hanya mencari kelemahan parti islam semalaysia tak akan padam sampai bila bila. kapal yang besar akan sentiasa diancam ombak dan ribut taufan. pemilihan sudah selesai dan masih ada lagi otak otak bangang yang terus mempertikaikan apa yang presiden pas buat. perlantikan stopa ali terus dipertikaikan. lantik siapa selagi belum kena dengan selera nafsu jahat pasti akan terus mengundang kritikan dan terjahan keras. mat sabu menang belum mampu memadamkan sikap khianat kepada jemaah. sikap jahat yang berterusan akan berterusan sampai bila bila. siapa kah yang mampu memuaskan semua hati manusia di dunia ini. sepatutnya selepas pemilihan adalah waktu bekerja untuk menang pru yg ke 13 bukan menghabiskan masa mencari salah silap. berlapang dada dengan apa yg berlaku. lantik siapa pun setiausaha agung pasti tidak mampu memuaskan hati semua manusia. apakah parti pkr parti dap perlantikan SU agung juga mampu memuaskan hati ahli pkr dan dap. cikgu bard masih terus mempertikaikan kebijaksaan saifudin nasution sampai hari ini. jadi apa yg berlaku akan terus berlaku. ahli pas tengok SU agung pkr hebat tapi ahli pkr sendiri memperlekehkan saifudin. manusia akan terus begitu sehingga ia mampu menundukkan nafsu celaka yang ada dalam dirinya.

pertikaian demi pertikaian, kebodohan demi kebodahan akan terus mewarnai politik pas.jangan kita merasa diri kita terlampau hebat sehingga mengambil syaitan dan iblis menjadi guru kita. apabila kita mengambil syaitan dan iblis sebagai guru pasti kita akan sesar selama lamanya. perjuangan asal akan terpesong. kalau mat sabu ditakdirkan menjadi presiden pas akan datang pun belum tentu dia akan menerima sokongan sepenuhnya. akan timbul angkara baru yang mana agenda menjatuhkan mat sabu dari tampuk pemerintahan sebagai presiden pas. manusia yang berhati jahat akan sentiasa mencari jalan menengok kelemahan diri pemimpin untuk terus mengkritik atas nama bukan tak sayang. membaiki bukan membunuh itu yang sepatutnya. kalau berhari hari mengulang benda yang sama pasti ada yg sudah skru tertanggal dikepala. hentikan semua polemik dari dalam pas sendiri, ahli pas sendiri yang menebuk kapal untuk memastikan pas tenggelam. dan yang berada diluar akan terus bersorak melihat kebodohan yang menebuk.

Ulasan