perwakilan PAS telah bersuara

tok guru presiden bersama timb. presiden pas
perwakilan pas telah bersuara, dan semua kena akur dengan pemilihan ini. mat sabu menang kerusi timb.presiden pas. kenyataan jahat malaysiakini tulangbesi dan beberapa blogger telah mulai timbul. tulangbesi celaka bersyukur dalam keadaan mabuk dengan kemenangan mat sabu. perwakilan pas sudah bersuara semua ahli pas akan kembali bersatu dan merapatkan saf untuk menakluk putrajaya. yang menang menanggung amanah berat yang kalah tetap akan tetap berjuang sebagaimana biasa. utk ustaz nasharudin, anda boleh berehat buat sementara untuk meneruskan perjuangan ini, setelah menanggung pelbagai kata cacian nista dan caci maki dari musuh dan juga dari dalam sendiri. perjuangan islam bukan bergantung kepada jawatan sebagaimana yang disangkakan. siapa pun menang dan siapa pun kalah pasti akan meneruskan agenda perjuangan islam ini. perjuangan pas untuk islam dan yang pasti untuk semua rakyat malaysia akan diteruskan dan semoga lebih hebat dengan strategi dan permerkasaan dengan idea idea baru. pas akan melangkah lebih gagah, bergaya dan bijak. keutamaan pas adalah menakluk putrajaya dengan panglima baru, pengatur strategis yg hebat. aku yakin dan percaya walaupun siapa yang dilantik dan terpilih mereka memikul beban amanah yang amat berat.

pemilihan pas sudah berlalu. rapatkan balik saf saf yang bocor kerana mainan mainan dan racun racun dari umno dan kawan baik dalam sendiri. diharapkan segala rahsia pas hanya berlegar dalam pas. tidak ada lagi kebocoran rahsia pas ke alam maya atau alam realiti. kepada yang menjadi talibarut musuh dan talibarut setan semoga dapat berubah dan bertaubat sebelum ajal menjemput. yang terus mabuk dengan barbican hentikan minuman haram tu. dengan melantik beberapa general baru dalam peperangan yang makin hebat akan melihatkan pas tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis. untuk berhadap dengan permainan umno dan permainan dalam diri sendiri diharapkan general general baru akan lebih berdaya saing. tapak yang kukuh sudah disiapkan oleh pas. pelbagai lapisan kemahiran akan bergabung dengan ulamak yang menjadi akar dan nadi pas selama ini akan memacu pas ke depan. selamat pulang perwakilan untuk terus kita bekerja untuk islam.

Ulasan

Catat Ulasan