selangor dalam bahaya

perpindahan besar besar undi pos dan juga undi dari pantai timur menyaksikan umno akan menawan kembali negeri selangor. beberapa fasal perubahan pola pengundi menyaksikan bagaimana cara sekalipun selangor perlu ditawan dari pakatan rakyat. beberapa kawasan dun telah dikenal pasti mengalami beberapa perubahan pola pengundi yang ramai. apakah penghijrahan undi dari pantai barat ke pantai timur akan kembali ke pantai barat. spr terus membisu dengan pola perpindahan ini. umno terengganu masih yakin dapat mempertahankan negeri terengganu tanpa pengundi tetap ini. perubahan tempat mengundi memudahkan spr memindahkan semua data pengundi lama kepada tempat pengundi baru. cara amat mudah dan disahkan oleh undang undang. yang bodoh terus mempersalahkan pemimpin pas kerana gagal mencongok strategi untuk menang. kali ini pasti aku nk tengok kebijaksanaan pemimpin pembangkang selangor mencongak kemenangan mereka diselangor kalau pertambahan pengundi akan terus bertambah dari semasa ke semasa,

kickdefella pun dah mencongak kelantan juga akan tercicir dari genggaman pas, mereka dah mencongak strategi untuk menawan kelantan kerana kemewahan yang akan dimiliki jika mereka menawan kelantan. hasil kelantan akan kembali dilapah dan dihantam sesuka hati. perancangan mereka telah terbukti. blogger mereka akan dibayar gaji dan imbuhan yang banyak. mungkin gelombang merah yang deris cipta sebagai pengarah pilihanraya umno pusat mempunyai strategi yang sama sebagaimana deris menawan terengganu dahulu. tektik yang sama di katakan berkesan untuk menawan kelantan dari tangan pas. deris memindah segala strategi untuk memastikan dia akan dipilih diperingkat pusat dan menjadi salah satu menteri jika dapat menawan kelantan dari tangan pas, najid akan membalas jasa deris.

Ulasan