kemuncak lawatan najid

semua 24 dan 6 mp adun umno berkumpul mengadakan pertemuan tertutup di riyaz. semua adun meluahkan apa yang terbuku dan terasa dihati masing masing, semua hadir untuk meluahkan. nampaknya jalan masih buntu untuk team deris dan team mat said. perebutan takhta masih menjadi persoalan, sampai bila umno nak meneruskan perebutan ini. kemuncaknya najid tidak ada jalan penyelesaian. dan penyelesaian terbaik adalah serahkan aje negeri ini untuk pas.  umno perlu beri laluan kepada pas untuk memerintah kerana umno perlu selesaikan masalah dalamannya dahulu. tok deris masih meminta haknya sebagai wakil sah umno tapi siapa nak menabalkan tok deris menjadi mb. tok deris kena cari negeri sendiri kalau masih mahu menjadi mb. mat said terus mempertahankan kedudukan walaupun goyah. perebutan kuasa bukanlah rahsia sangat kat terengganu. sampai hari ini tok deris masih menuntut jawatannnya. mat said dikira perampas jawatannya.

hishamudin yang dihantar sebagai pendamai lari lintang pukang dihambat dihalau. hanya sekadar pengerusi tak ada siapa nak dengar katanya. buat mesyuarat sebilangan yang hadir. buat dikawasan deris mat said tak hadir buat dikawasan mat said tok deris sibuk pergi england. akhirnya hishamudin terus tergagap gagap nak menjawab persoalan dan kemelut perebutan kuasa umno terus berlaku. berlaku sabotaj kepada kepimpinan umno negeri oleh 10 budak kelabu asap. akhirnya tok jib lari jugak kerana gagal mendamaikan puak puak bertelagah. penyelesaiannya adalah di dalam pru ini. umno perlu dihumbankan. dan itulah jawapan terbaik untuk umno.

Ulasan