kawasan pas terengganu hampir habis muktamar

pas kawasan terengganu habis menamatkan proses muktamar kawasan. kebanyakan kawasan dah menghantar nama pencalonan ke negeri. hanya kawasan kemaman yang tinggal untuk mengadakan muktamar kawasan. apakah perkhabaran mengatakan bahawa pas terengganu tak suka kepada mat sabu dan ust nasharudin  adalah benar? kalau siapa yang mengikuti muktamar pas kawasan dinegeri terengganu. perkhabaran itu adalah palsu semata mata. keupayaan menilai pas terengganu begitu jauh sekali, tidak berjejak di bumi nyata. 8 kawasan pas terengganu tidak menggambarkan bahawa mat sabu tidak popular dan ust nasharudin tidak disukai. nilaian pas terengganu tidak begitu dan yang menuduh pas terengganu adalah bukan orang ganu. orang yang baca blog ini adalah penyokong tegar mat sabu, sampai aku kena marah sebab mengkritik mat sabu. apakah geng terengganu tak suka kepada mat sabu ditolak jauh jauh. mat sabu masih boleh memperolehi undi dari perwakilan terengganu. kepastian mat sabu dapat undi dari perwakilan terengganu begitu tinggi. tuduhan liar dari luar kepada geng pas terengganu perlu diperbetulkan.

aku menunggu keseluruhan muktamar pas kawasan seluruh terengganu untuk menilai apakah yang berlaku di terengganu. keseluruhan perwakilan telah membuat keputusan. dan apakah keputusan perwakilan kawasan akan mempengaruhi keputusan muktamar agung jun nanti. perwakilan muktamar pas kawasan terengganu telah bersuara dan yang pasti ada perubahan pucuk pimpinan yang berlaku. ini sekaligus akan memungkinkan akan ada pertukaran pucuk pimpinan dipusat. pas terengganu mula mengorak langkah untuk memastikan bahawa pas terengganu mampu menawan kembali terengganu dari tangan umno. beberapa perubahan telah dikenalpasti untuk memastikan pas dapat kembali ke darul iman. pusat pentadbiran negeri terengganu. perubahan perubahan sedang berlaku dan akan berlaku cuma yang mengkritik masih tidur dalam ayunan musuh. mei akan tamat muktamar pas kawasan terengganu.

Ulasan