7 ngo bengong kat terengganu

kekecohan berlaku di masjid amru al as dibandar baru sentul, jauh tu dari terengganu dalam 500km, ada 7 badigol yang membuat laporan polis tentang kejadian itu, hebatnya diriku adanya 7 ngo yang begitu prihatin dengan berlakunya. masjid bujal di roboh oleh mat said pun 7 ngo bangang ini diam saja tak sibuk sibuk pun. masjid kena roboh rilex je tengok. tapi kekecohan yang berlaku ratusan batu 7 ngo bangang  sibuk membuat laporan polis. kekecohan yang berlaku dimasjid amru al as adalah kerana ada manusia yang saja saja memainkan hukum islam. tanpa perasaan bersalah menggunakan masjid mereka bersumpah yang tak ada kena mengena dengan apa yang mereka laporkan. begitu senang nak bersumpah laknat sekarang. tuduh orang lepas tu bersumpah laknat. tutup aje mahkamah syariah atau mahkamah sivil. sebab ada cara yang lebih mudah.

rakyat malaysia tak perlu lagi bersusah payah nak membayar lagi untuk membina mahkamah, ada  peguam negara dah tak perlu, pendakwa tak perlu juga. semua perlu ditutup kerana sekarang ada cara yg begitu mudah dan berkesan. tuduh orang lepas tu bersumpah dalam masjid. lepas tu ada tok iman akan terbuang kerana sumpah laknat mereka. yang paling hebat boleh wakilkan sumpah laknat ni. pegang quran pun terbalik. apakah pernah baca  quran sampai tak tahu yang mana terbalik ke tak. atau memang tak pernah baca. kekecohan dalam masjid tapi ilmuan islam diam menyepi. apa yang didiamkan kerana periuk nasik atau periuk belanga gulai. islam terus dihina dan dimainkan sewenang wenang. sesama sendiri duk ratib benda yang sama. islam terus dilanyak di hantam. diam membisu je.

Ulasan