kenyataan kurang ajar peguam sprm

peguam sprm shafee abdullah yang dikenali sebagai peguam umno, dengan selamba mendakwa bahawa di selangor terdapat korupsi. membolot projek sebagaimana pemimpin umno menibai khazanah negeri selangor. kenyataan jahat peguam sprm ini dalam inkues teoh beng hock, kalau betul dan benar seperti dakwaan peguam sprm ini kenapa sprm tidak bertindak. atau hanya andaian atau hanya fitnah kepada kerajaan selangor yang bukan barisan nasional. peguam sprm ini mendakwa terdapat dua syarikat yang membolot projek diselangor. mengapa sprm membiarkan perkara perkara ini berlaku dinegeri kerajaan baru. selalunya sprm akan secepat kilat akan menyiasat perkara perkara yang diadukan. sebagai peguam sprm apakah suara shafee tak laku atau hanya menyimpul kes ini sebagai melepaskan sprm yang berada didalam kandang orang salah. kekuatan sprm untuk berhadapan dengan kes teoh beng hock telah lemah ditambah dengan kematian ahmad sarbani yang juga mati di pejabat sprm.

kesimpulan peguam sprm yang berat sebelah dan memenangkan barisan nasional dalam inkues ini benar benar menggambarkan bahawa sprm tidak berfungsi sebaiknya. bagaimana kata kata peguam umno ini tidak diambil kira. sekiranya berlaku penyelewengan sprm tak mampu bertindak ke atau hanya menjadi burung belatuk. atau hanya menjadi rimau tua yang tiada bergigi. sekadar mengaum tapi tidak menakutkan. sprm tidak bacul bila berhadapan dengan kerajaan bukan barisan nasional. kalau dikelantan, kes tok guru yang diadukan, sepantas kilat sprm sudah berada di meja tok guru tak sempat siang sebelum subuh sudah ada dipejabat menteri besar kelantan. jika kata kata celaka peguam shafee ini diambil kira pasti sprm sudah sampai ke pejabat khalid berahim. sebagaimana kes lembu dulu, dengan sprm dilembukan oleh balaci balaci umno. akhirnya sprm mengumumkan tiada kes mengenai lembu. kenyataan jahat shafee ini sungguh durjana.

Ulasan