Keadilan untuk ahmad sarbani mohamed

polis mula berpusing pusing dengan kematian sarbani mohamed. kenyataan jahat dari jmm celaka begitu menyentuh hati keluarga simati, dimananya maruah jmm untuk menuduh sarbani membunuh diri kerana tertekan, setelah disiasat polis mengesahkan bahawa ahmad sarbani mati bukan mati membunuh diri akibat tertekan dengan siasatan sprm. sprm bagi sarbani kacang kuda je, dia datang memberi bukti dan dimanakah bukti tersebut. persoalan sekarang mengapa pegawai sprm meninggalkan ahmad sarbani keseorangan dalam bilik, semakin banyak tanda tanya yang akan timbul dari penyiasatan kematian ahmad sarbani, Pas perlu kedepan untuk membela keluarga sarbani, jangan hanya teoh beng hock saja pas bersuara, sepatutnya pas lebih kedepan dalam suasana begini. polis pada awal mengesahkan kematian mengejut akhirnya terpaksa menelan kembali kenyataan itu.

kalau tiada unsur membunuh diri bermakna yang menuduh ahmad sarbani perlu meminta maaf kepada keluarga mereka selepas melakukan fitnah kepada ahmad sarbani. jmm dengan tiada adab menuduh sarbani membunuh diri kerana tertekan. apakah kaitan kematian dari tempat tinggi, semua ada sebab, apakah dengan mengupah stuntman tak memberikan apa apa erti, 4 terjunan dibuat oleh stuntman tetapi hasilnya berbeza, dengan keadaan tingkap menjunam kebawah sukar mangsa meloloskan diri, akibat jatuh tempat tinggi mesti bersebab, dilontar keluar atau di campak atau dihumban ke luar tingkap, itu yang menjadi persoalan, ketelitian menyiasat diperlukan dan jangan sambil lewa membuat siasatan. keadilan untuk sarbani ditagih keluarganya dan rakyat malaysia.

Ulasan