isyarat dari tok guru

bukan main lagi mso menulis, isyarat tok guru nik aziz dah dipancarkan semasa dikuching lagi, tok guru nik aziz mahu tok guru tuan ibrahim menjadi calon timb.presiden pas menggantikan ust nasha sekaligus mahu mat sabu berundur. yang menjadi masalah sekarang bagaimana  isyarat tok guru nik aziz tidak dapat diterima dengan baik oleh pemimpin pas lain, tok guru tuan ibrahim awal awal lagi menolak untuk memikul amanah ini. bagaimana mso yang dikatakan sama pemikiran dengan adukatakguna hanya mengperlekehkan tuan guru presiden pas. keupayaan mso mengkucar kacirkan pas belum nampak reda selepas menambah masalah dalam pas mengenai masalah kambing. setelah berperang dengan husam mengenai kambing gurun, mso kembali cuba memecahkan pas dengan menulis kononnya ada isyarat dari tok guru nik aziz. apakah politiking yang cuba dimainkan oleh mso kali, apakah bau bau kambing masih lagi menyelinap dendam yang masih subur dihati mso.

bagaimanakah tok guru nik aziz digambarkan bermain politik dalam pemilihan pas. apakah tok guru sanggup berbuat demikian kerana dalam pas semua itu jarang sangat berlaku. pemilihan pas selalunya berlaku dalam keadaan harmoni dan ukhwah islam. jarang pemimpin dijatuhkan dengan cara hina. itu bukan cara pas, itu cara parti lain. kempen kempen agresif tak wujud dalam pemilihan pas, kalau politik wang berlaku dalam pas, apakah mat sabu boleh menang, jauh panggang dari api, tak mungkin tok guru akan berbuat demikian kepada mat sabu yang pernah didoakan agar mat sabu terus kekal dan beristiqamah dalam perjuangan islam. apakah agenda jahat mso dalam pemilihan kali ini. apakah permainan bau bau kambing masih berterusan lagi.

Ulasan