cakna rakyat

pm akan datang ke terengganu, 20 ekor lembu kerbau akan tumbang, segala persiapan dah dibuat seminggu dan menjangkau tarikh akhir, majlid perbandaran tak cukup hari nak siapkan persiapan untuk menyambut pm datang ke terengganu, acara cakna rakyat yang akan berlangsung pada 30 april. ramai staf kerajaan marah dengan kehadiran pm kerana cuti yang panjang terpaksa menghadirkan diri menyambut pm malaysia. menyusahkan menyemakkan aje. mana mana yang planning nak berholiday 3 hari terpaksa membatalkan kerana dipaksa menyambut kedatangan pm ke terengganu. segala benda dicat baru, jalan ditar baru, kampung kampung dinaikkan bendera barisan nasional. dijambatan sultan mahmud penuh dengan bendera barisan nasional. datang atas nama pm tapi pakai bendera barisan bahalol betul kerajaan malaysia ni. balik claim perjalanan atas nama cakna rakyat. tapi hanya untuk barisan nasional.

cikgu sekolah budak budak sekolah pekerja kerajaan dipaksa hadir untuk menyambut kehadiran pm di terengganu. kalau tak cukup angkut aje kambing lembu tepi jalan bagi meramaikan kehadiran menyambut pm. kawasan kampung kawasan pekan batu enam yang tegar pas pun pm akan hadir. inilah yang dikatakan retreat oleh mad maslan ketua penerangan umno. mana mana rumah akan dilawati oleh pm dah dicat baru, untung rumah tu, kalaulah banyak hari pm dtg terengganu banyak le rumah yang boleh dibaiki oleh jabatan kebajikan masyarakat. wajah hodoh pm cuba dicantikkan. projek menawan dun dibawah pas akan dimulakan dengan kehadiran pm 30 april ini. dun bukit tunggal adalah dun dibawah pas. kawasan pekan batu enam solid penyokong dan ahli pas dilawati atas nama cakna rakyat. apa yang dicakna oleh pm entahlah. inflasi makin naik, harga barang makin mahal. itu dinamakan cakna rakyat gamaknya. yg aku pasti jalanraya akan jem pada 30 april ini.

Ulasan