analisa pendek untuk masa depan

propaganda barisan nasional melalui umno disemenanjung berjaya mengurangkan undi untuk pas, di sarawak barisan nasional menerusi pbb berjaya mengaburi mata melayumelanau. usaha usaha keras hendaklah dimulakan dengan sekarang, kawasan yang telah selesai bermuktamar hendaklah menumpukan usaha usaha untuk menawan dun atau parlimen. apakah pengundi melayu akan kembali semula ke tangan pas atau meneruskan tradisi menyokong umno. menjadi parti islam semalaysia, realitinya amat tertekan dan tersempit, diatas jalan keadilan islam, pas dikatakan mahu keluar dari kepompong semangat perkauman melayu. tetapi bila berhadapan dengan masalah melayu apakah pas perlu keluar dari kepompong yang sama, bukan mudah nak check and balance, kalau senget di sebelah sini, umno akan mengambil kesempatan yang terbuka, bercakap menghentam dan menukar pemimpin pas diperingkat atasan begitu mudah seperti makan kacang kuda. tetapi siapa yang peduli, bila satu isu isu perlu ditangani dengan berhemah dan bijaksana. bila berada disarawak pas seakan kerdil sangat, apakah ini yang dimahukan oleh penyokong pas, dikelilingi oleh suasana berbeza dengan penduduk yang berbilang bangsa memeritkan untuk berkempen.

apakah kita perlu jadi seperti umno yang boleh bercabang cabang lidahnya. jumpa iban ckp lain, jumpa dayak cakap lain, jumpa melayumelanau cakap lain, islam tak boleh buat macam tu, kita kena tepat diatas landasan yang ada. kerjasama dengan pkr dan dap banyak menimbulkan keresahan dalam jiwa minda orang melayu yang masih segar dengan kehidupan dengan umno. umno boleh buat apa saja. pas tak boleh seperti itu bertindak apa saja dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, soal kepentingan keadilan untuk rakyat malaysia yg berbilang bangsa memeritkan untuk pas teruskan usaha mencari titik persamaan dan kesaksamaan antara kaum menerusi islam. walaupun islam dominan lagi di malaysia tapi ada benda yang perlu ditangani dengan baik supaya tak rosak anak anak islam dikemudian hari. apa yang kita putuskan hari ini akan bersambung dan dibimbangi akan merosakkan anak cucu islam. bercakap tanpa berfikir untuk masa depan islam itu sendiri pasti mudah, tindakan hanya untuk jangkamasa pendek bukan jangkamasa panjang.

tuduhan dan fitnah berat untuk dijawab. persoalan kerajaan 16 september masih terus menghantui pas, apa yang sebenar berlaku masih lagi dibincang oleh segolongan manusia yang percaya apa yang akan berlaku dan tak percaya apa yang akan terjadi dimasa akan datang. persoalan lompatan mp mp yang mana beralih arah selepas 16 september gagal dijelaskan dengan baik, ada yang terseliindung disebalik itu semua, pas menelan kepahitan dan kepedihan dihati demi islam yang tercinta. untuk jangkamasa pendek pasti barisan nasional sudah tumbang tapi apakah nasib yang akan menimpa umat islam dimalaysia. apakah pernah difikirkan atau sengaja mencari salah silap untuk melemparkan tuduhan dan fitnah. banyak benda yang perlu difikirkan. sebelum sebarang keputusan dibuat demi islam tercinta. aku percaya ramai yang tahu tapi sengaja menyembunyikan apa yang terjadi. dan sekarang dah terbukti apa yang akan terjadi dah terang dan jelas. kesakitan hari ini pasti untuk anak cucu islam bukan untuk sesuatu bangsa sahaja.

Ulasan

  1. Salam Bro.... Tolong bagi ulasan sikit dengan kenyataan Prof. Aziz Bari. Gua nak tahu pendapat lu pasal gua pun nak ulas juga tapi masa belum mengizinkan dan mungkin gua lewat sikit untuk mengulasnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan