analisa pendek kemenangan dap di sarawak

udah lama merantau dinegeri bumi kenyalang, pagi pagi baru sampai ke semenanjung. berminggu cuba memahami bahasa pelbagai disarawak, pelbagai bahasa dapat dipelajari, apa yang paling mengembirakan hati adalah dapat merasai pahit maung perjuang pas dizaman awal penubuhan pas disemenanjung yang mana kita sendiri tak pernah merasai bagaimana pemimpin pemimpin awal pas cuba memperkenalkan pas di arena politik semenanjung yang dipenuhi dengan parti kapal layar. setelah 53 tahun kita berlayar bersama kapal layar kita kena membina kapal baru yang tak sarat dengan korupsi, penindasan dan kekejaman. hak hak dinafikan. begitu susah dan payah sangat rupanya nak menyampaikan mesej kepada pengundi disana, lambat bergerak kerana kekurangan komunikasi antara satu sama lain, dengan kejutan budaya dan sebagainya, pas begitu lambat distartup.  piliharaya umum dun sarawak banyak mengajar kita erti kesakitan, kekurangan dana, kekurangan data, kekurangan dari semua segi, pas bermula dengan segala benda dengan baru, mengimbau kenangan awal penubuhan pas di semenanjung.

tekanan dari pemerintah, suasana adat dan sosial budaya yang berbeza amat dari semenanjung, kita kena berhati hati untuk berkempen disana, bersama 3 hari pengalaman dengan gerak kempen DAP dapat membawa pengalaman baru, stail kempen didap begitu sederhana dan memukau di kuching,  apakah gaya begini mampu diterjemahkan kedalam masyarakat melayu semenanjung, apatah lagi di melanaumelayu yang jauh berbeza dengan melayu semenanjung. mungkin boleh digunakan disatu satu kawasan dan mampu menawan satu kawasan. supp hanyut semua di semua kerusi cina, bukan kerana kemarahan kepada pek mo yang menghanyutkan supp tetapi ada sudut samar yang jarang difahami, jika kata sentimen perkauman menebal iaitu kaum cina terasa mereka ditindas oleh pek mo itu sebenarnya tak membawa keruntuhan sokongan kepada supp, kekayaan raja balak melempah ruah, memang betul ada yg terlampau kaya dan ada yang terlampau miskin, golongan cina dalam keadaan sederhana tak mungkin mengundi pembangkang kerana mereka miskin.

dari perjalanan bersama kempen kempen dap, mereka berjaya memastikan undi kekal sampai ke peti undi, jika tidak culaan pasti gagal, pengurusan organisasi terancang boleh memastikan pas terus hebat, inilah yang mahu aku tengok dalam post mortem bukannya post mortem syok sendiri, post mortem yang membolehkan pas menilai dari sudut yang orang lain tidak nampak, petugas seperti aku banyak yang terlepas pandang, tiada catatan apa yang berlaku, tiada catatan bermakna tiada sejarah, catatan adalah penting, semasa kempen berlangsung kita terlupa mencatit apa yang berlaku, dan sinilah satu benda yang tertinggal, dan catatan catatan ini merupakan satu gerak kerja yang jarang dilakukan oleh pertugas pertugas kempen pas, dan aku sendiri baru sedar tentang keupayaan catatan catatan ini, bila kembali ke bilik gerakan bersama catatan bermakna ada yang boleh kita ingati dengan bersandarkan catatan ini, dan ada banyak benda lagi yang boleh dipelajari dari kempen kempen dap, dan aku tak berniat nak mendedahkan kesemuanya kerana ini mungkin rahsia kejayaan dap menawan 11 dari 15 kerusi dun sarawak. ini adalah satu contoh menarik sepanjang aku penyokong pas mengikuti kempen kempen dap.

Ulasan