turun semua ke sarawak

untuk semua penyokong dan ahli pembangkang, yang bayar yuran ke tak bayar atau cawangan tolong bayarkan tolong berdoa sepanjang peperangan ini berlangsung. jangan sedap sangat duk depan pc tulis perkara yang songsang. yang duk dalam semak berkempen dah naik lunyai kena baham dek nyamuk dan pacat dan agas. yang menulis dapat maklumat terus ejass tulisan sampai 6 muka surat. yang tak pergi berkempen tolong berdoa atau bagile bantuan seringgit dua untuk tabung pilihanraya pas sarawak. bagilah mereka bantuan, kalau cakap banyak tak guna juga. nak pergi berkempen pun pakai duit sendiri, makan minum duit sendiri, pakai notebook pun duit sendiri, kalau berdoa pun tak boleh harap apa lagi yang nak diharapkan, berdoa tak habiskan beras dalam tong, berdoa tak habiskan air liur, berdoalah untuk kemenangan pas di sarawak. menang kalah belum tentu tapi menang makin banyak tugas menanti. makin sukar kerja kerja kalau menang. kalau menang boleh jadi kaya tak apalah yang penting perjuangan mesti walaupun terpaksa dibayar dengan darah dan airmata sekalipun. kalau kampung kita tak menang lagi mungkin dengan kemenangan didun sarawak menjadi pengubat luka dihati, dimana jua kita berada kita tetap bersaudara dan islam adalah ikatan yang kukuh dan abadi. itulah saja bekalan kita.

bantulah mereka yang turun berjuang, tanpa parang, pisau sabit cangkul bagaimanakan nak berlawan dengan jentera yg amat amat moden digunakan oleh musuh. tanpa sebarang kelengkapan pun tak guna berperang mati katak saja. jangan bicara hal perjuangan jika diri sendiri tak nak tolong sesama sendiri. kalau ada biskut kering tak habispun derma ajelah, kain tuala kain pelikat, air mineral, pembalut kepala, losyen penyegar kulit, atau apa saja yang boleh membantu pertugas pertugas kempen ini. kali ini pas sarawak akan bertanding dalam 4 atau 6 dun berbanding satu dahulu hanya satu beting maro, kalai ini dalam parlimen batang lupar pas akan bertanding 2 iaitu sebeyou dan beting maro, harapan kali ini amat cerah berbanding tahun tahun yang lalu, sambutan gerak kerja pas sarawak makin tersusun. langkah pas makin bergaya kalau menang disatu dun atau dun dun disarawak. kurangkan majoriti atau humbankan regim teyib memut ke hutan. biar teyib berkawan dengan ungka dan monyet pula, biar ungka dan monyet pula melibas teyib sebab merompak hasil hutan. biar monyet dan ungka ajar pulak teyib memut jangan rakus sangat menibai hasil hutan sampai gondol

Ulasan