dengan nama lama dun beladin, pas sarawak berjaya menongkah arus, dengan kesusahan dan derita yang ditanggung oleh yang dipertua pas sarawak, beting maro menjadi pengubat duka para pejuang pejuang parti islam semalaysia. dengan pengundi melayu melanau mendominasi dun ni, pasti 2011 menjanjikan persaingan lebih sengit sekarang. beting maro dan sebayou diletakkan dalam kawasan pas yang akan bertanding. pas mencuba nasib sekali lagi. walaupun apa jua dikatakan oleh ahli ahli pakatan pembangkang lain, kali ini pas akan mencuba nasib di 6 dun. beting maro, sebayou pasti menjanjikan persaingan menarik, kejayaan mengurangkan majoriti umno sarawak pasti memberikan semangat yang tinggi kepada pas sarawak. dipeti undi beladin pas memenangi kesemua saluran. 2006 tidak berlaku tsunami lagi politik tanah air tapi di beting maro dah berlaku ajakan perubahan yang amat menakutkan barisan nasional sarawak dibawah pimpinan jeneral white hair. jeneral yang membelasah harta dan khazanah sarawak tanpa belas kasihan.
keyakinan pengundi melayu melanau memberi undi kepada pas sungguh baik sekali. mungkin dengan usaha usaha yang berterusan dari pemimpin pas sarawak pasti ia akan berikan suntikan perlawanan yang selama ini berat sebelah. dulu pas kehilangan wang pertaruhan jika bertanding di sarawak. dengan menghakis undi barisan dalam pilihanraya yang lalu menyebabkan barisan nasional sarawak berhati hati kali ini, mereka memilih 2 calon satu calon utama dan calon gantian. apakah barisan nasional sudah ketandusan calon yang bersih sampaikan 2 calon satu dun. apakah najid hanya bermain main dengan teyib memut. najid perlukan calon kedua sebab najid nak pastikan teyib memut mengotakan kata katanya. dah 3 kali teyib memut berjanji nak berundur. najid mahu memastikan kali ini teyib memut akan bersara. rakyat sarawak dah jelak dengan teyib tapi tak mampu menyingkirkan teyib dari singgahsana. teyib dah terlampau lama bertakhta apasalahnya diturunkan kebawah dan cuba nasib menjadi orang yang bawah pulak.
Ulasan
Catat Ulasan