ulamak penuh dikerdau

ulamak penuh dikerdau, semoga kerdau berjaya menconnectkan antara bumi dan langit. itulah hubungan yang selalu gagal diterjemahkan oleh pas. aku benar benar berharap kali ini dikerdau, connection bumi dengan langit iaitu pemerintah agung dengan  makhluk lemah akan bersambung. terjemahan ini akan membuka satu fatamorgana yang tak disangka oleh manusia. aku selalu dan amat amat berharap semua ini berlaku di semua prk atau pru tapi jarang terjadi. connection ini selalu lost disaat akhir. akhirnya pas kecundang di larian terakhir. berserah tapi bukan sepenuhnya. aku meneliti kaedah ini dari awal sampai sekarang dan didapati berjaya dikelantan. semoga dikerdau dengan diketuai oleh seorang ulamak yang disegani semoga allah memberikan bantuan dikerdau. kita sangkut denan di puncak tong kosong. atau hantar denan main air digambang waterpark.

suasana begitu hebat sekarang, kempen sudah bermula sejak tamat penamaan calon. spr dah galak mencetak kertas undi sekarang. aku minum dengan orang spr tadi. mereka kata semua percetakan kertas undi akan dimulakan malam ini seperti biasa. dan biasanya percetakkan kertas undi akan berlangsung tanpa menunggu apa apa lagi. setelah pengesahan dibuat, nama nama calon akan diprint out. dan dihantar ke percetakkan negara yang sudah diswastakan oleh mankadir. dan kertas undi akan dilockupkan. perarakan tadi diketuai oleh tok guru haji hadi, kesemuanya nampaknya kepimpinan taliban pas terengganu yang ada didepan. wahid endut. ust abu bakar chik dan ulamak pula  ust zawawi setiausaha dewan ulamak, naib presiden pas , tok guru tuan ibrahim, tok guru haji mohamad baki othman mantan pesuruhjaya pas pahang, semuanya ulamak berkumpul disini, ulamak pula mengetuai jentera pilihanraya kecil kerdau ini. semoga allah memberikan keberkatan dan kehormatan kepada mereka.

Ulasan