pas tetap akan jual islam

umno kerdau cakap jangan sokong pas, pas sudah jual islam kepada dap, lawak umno ni, dalam diam mereka mengaku bahawa pas memang memperjuangkan islam, islam addin. itulah laungan pas. umno bisik bisik ke telinga pengundi, bahawa pas sudah menjual islam kepada dap, aku bisik gak ke telinga pengundi, pas memang jual islam sebab islam perlu dijual akan dap beli dan faham apa itu islam, islam bukan harta peribadi seseorang, islam perlu dijual dan disebarkan keseluruh alam.  kalau dengan pengempen umno bangan jangan cakap macam tu dia akan cakap hah betul apa yang kita kata. dengan kempen bangang dia kena cakap bangang. pas jual islam pada dap, kita jawab lah secara cerdik, yelah dap kaya sangat macam umno mca dan mic. lim guan eng 6 tahun dalam kilang emas keluar terus kaya dan terus beli parti pas.

umno aje simpan islam dalam petibesi. orang bukan islam tak dapat tengok kehebatan islam melalui umno sebab umno sangka islam tu private properties. kesilapan umno menyimpan islam dalam kubu menyebabkan islam tak berkembang dibawah kekuasaan umno. umno makin kalut dikerdau. banyak isu isu akan di berikan supaya umno menjawabnya. pas akan memberikan banyak kesusahan kepada umno dikerdau. umno menipu penduduk sanggang sampai ke hari ini walaupun umno dah tukar nama sanggang kepada kerdau. bimbang letak nama sanggang orang akan ingat. tukar nama tapi janji manis umno tak pernah dilupakan. umno akan memberikan keselesaan sementara bagi mengubat kekecewaan penduduk disini.

laju je sekarang nak lalui kerdau. ini bukan kerdau seminggu yang lalu, air sentiasa penuh dalam tong besar, tok iman dan tok bilal bermuka ceria kerana dapat mandi. dulu seminggu 2 kali je mandi sekarang dapat mandi 4 kali sehari sebab air banyak. digambang waterpark dikurang sementara prk kerdau berlangsung. selepas ini kerdau akan dikeringkan balik sebab dah tak berguna buat umno. penduduk kerdau bijak semalam dia mintak 8 tong depan rumah dia sebagai persediaan selepas prk kerdau. mautlah orng jba pahang nak memenuhi 8 tong besar air depan rumah dia. dulu orang kerdau cakap kalau tak ada sangat air, kena le tayamun, kalau solat bolehlah tayamun, mandi wajid boleh tayamun ke kena tanya penasihat le, dia kan pakar ada sijil dari alazhar. masak nasik pakai tayamun pun boleh kot atau penasihat kena tayamun nanti. masa ni kerdau sangat sangat mewah. ada je makan free, minum free, semua adalah. semoga tak ada aksi terlarang sudah le. tapi prk semuanya ada.

Ulasan

  1. terkojut eden, tengok comen dri pembaca blog ini, aku tak tau dia ni penyokong umno atau pas, sampai ke umno online ada dalam blog aku, blog kecil mcm aku pun ada gak ke umno baca atau dia memang penyokong pembangkang. apa apa pun tq for gongxi gonngxi

    BalasPadam

Catat Ulasan