n28 kerdau - tuan kassim patalon@syed bra

pas sudah menamakan hassanudin salim sebagai calon dikerdau. dan umno dah mengumumkan calon mereka lebih awal sebagai persediaan awal. nampaknya umno kali ini tersilap langkah, mereka mengemukakan calon yang berkaliber dan berkelulusan alazhar. hebat lulusan alazhar ni. dinegeri inilah lahir hosni mubarak yang dihalau oleh rakyat mesir, lintang pukang hosni mubarak. penasihat khas mb pahang. penasihat yang dibimbangi mengenakan cukai keuntungan tinggi dengan setiap nasihat yang diberikan. penasihat mb tuan kassim pantolan dengan songkok tinggi berjaya memperdayakan tuan sadiq sepakraga atau di pahang dipanggil tuan adenan lucahsega. akibat dari nasihat yang salah kepada tuan denan lucahsega, tuan penasihat mendapat bayaran 25 peratus dimasukkan kedalam poketnya. demi memenuhi poket dan nafsu jahat penasihat mb pahang berjaya memberikan nasihat yang salah.

aku mengikuti dekat tuan penasihat ini, bermula dengan tugas aku dikerdau berpusing dari merlimau, sesungguh merlimau masih dihati, pengkalan samak masih dihati, begitusukar melupakan pengkalan samak. tapi apakan daya kerdau masih menanti. aku berjaya hadir masa majlis pengumuman calon umno. aku cukup hairan dengan penampilan tuan penasihat ini, berkopiah bersama sama dengan pemimpin utama umno, majidin tak marah ke? atau tuan penasihat ini mempunyai senjata rahsia yang mana dapat menjinakkan kemarahan pemimpin umno yang selalunya phobia tengok orang berkopiah ini. apakah muslihat disebalik berkopiah ini, sebab lulusan alazhar atau kerana sebab sebab lain. dikerdau menjanjikan pertempuran menarik.

pas masih berada dalam zone pertempuran dalam kawasan felda. ditenang juga kawasan felda. raja felda baru datang ke tenang. dan disini 3 felda berdiri kukuh kata orang umno, umno bersin pas sawan, umno ketis, habis tulang kering orang pas berkecai, begitulah hebatnya kubu kuat umno. terlampau kuatnya umno disini, denan angkut dah mula balik bercakap stail peneroka. lagak peneroka mula diteroka balik oleh denan angkut. kali ini najid akan bagi berapa pula ke peneroka felda. umno terkedu malam ini mereka ingat tuan ibrahim akan dicalonkan oleh pas kerana mereka mengumumkan calon dari alazhar, deria bau umno dah makin kurang kerana menginjak tua, apa yang diwar warkan diblog adalah satu kerja saraf, bergaduh sesama blog pakatan rakyat adalah strategi, memberikan laluan umno menaji bayang bayang. langkah awal mereka telah tersangkut. sb sb mereka gagal mencium bahaya lain selain bahaya tok guru tuan ibrahim. kalau umno pakai kopiah sebagai strategi, pas akan bersongkok pula kali ini.

Ulasan