N28 kerdau - Hassanuddin Salim

Pas meletakkan ketua penerangan pas pahang untuk berhadapan dengan syed bra, penasihat khas mb pahang yang suka mencarut. penasihat khas agama kepada mb yang memberikan nasihat kepada mb tentang keharusan membuka pusat perjudian terbuka kedua di bukit tinggi colmar tropika resort. syed bra lah yang mengkhianati ilmu islam yang dipelajari di al azhar. syed bra telah berbisik kepada denan sangkut. untuk mengelakkan judi haram maka diwujudkan judi halal dipuncak bukit kedua. banyak lagi akan dibongkar oleh penerangan pas tentang keburukan umno. kerdau akan menjanjikan pembongkaran kejahatan umno. fauzi bekas umno pun hadir di majlis penamaan calon kerdau.

suasana hujan lebat mengiringi ceramah pengumuman calon pas kerdau. tok guru nik aziz telah mengumumkannya. dalam keadaan basah kuyup sekarang. sejuk menyelinap ke tulang hitam. kenapalah setiap kali prk sekarang, hujan rahmat tetap membasahi bumi. hassanudin akan menggalas lagi amanah  untuk menjatuhkan umno dikerdau. teka teki calon di kerdau sudah berakhir. tidak diduga bahawa hassanudin akan dipilih. mungkin suasana di kuala terengganu terjadi kembali di kerdau. wahid endut diumumkan calon pas di parlimen kuala terengganu. suasana hening sangat menyambut suara tok guru haji hadi mengumumkan calon yang menentang umno adalah wahid endut. member sebelah aku terdiam kaku bila nama wahid endut diumumkan. bagaikan bermimpi. inilah yang terjadi dikerdau. nama yang tidak disebut langsung tapi mendaki puncak menjadi calon dan menanggung amanah yang amat amat berat sekali.

hujan masih berterusan sekarang. nak update pun terpaksa berlindung kerana alat alat elektronik amat sensitif dengan hujan. mau terbakaq notebook aku. aku beli sendiri bukan ada sponsor dari pas pun. ariel 20db pun aku beli sendiri, ntah balik ke tidak lagi ariel ni. sepertimana di hulu selangor. semua kena serah walaupun macamana pun. sahabat perlu sangat. kita ni cari lah yang lain. tak mahal mana dah sekarang harga computer. seribu pun dah dapat yg 11 inci. bagi ajelah pahala pun lebih dari seribu kan. ada duit beli tak ada duit biar dulu. itulah pengorbanan namanya. semoga pertugas akan terus beristiqomah. berjuang sampai umno tumbang dengan sehina hinanya. pastikan kerdau milik pas sepenuhnya. 3 felda belum tentu umno tak akan tumbang walaupun ada satu lagi milik felcra rumpun makmur. semua kita akan tebas dan clear menjelang 6 mac 2011

Ulasan