N27 merlimau - haji yuhaizad abdullah

dimerlimau pas memilih timbalan yang dipertua pas kawasan jasin untuk mewakili pas dalam menentang dan menjatuhkan umno. aku tidak mendapat maklumat tepat lagi sebab aku berada dikerdau di dalam hujan lebat. kedinginan sudah terasa. siang yang panas dan tidak siapa menduga bahawa malam ini hujan rahmat malam jumaat akan mencurah di sini. apakah kerdau juga akan mengalami nasib yang sama dengan tenang. hujan mencurah bila umno mula celupar kepada islam. timbalan ketua pemuda pas melaka yang turun menggalas amanah untuk menghancurkan kekebalan toghut dimerlimau. dah lama tak pakai nama toghut nanti ada orang marah kepada aku. sedap dan best apa pakai nama toghut. berhala zaman moden yang menyesatkan manusia semalaysia.

orang muda akan berhadapan dengan orang tua dimerlimau. calon pas bukan kroni pemimpin pas yang lama. kroni umno akan melawan calon pas yang tidak kroni. dipilih menggalas amanah melawan kebatilan dimerlimau. hari hari mau mau mampus ka. esok jumaat pertama dikerdau pasti syed bra akan menjadi imam masjid kerdau. lantang dan solat subuh esok pasti awal. harapan tu. moga surau dan masjid dimerlimau dan kerdau tak kekurangan makmum lagi. orang muda mewakili pas, suara pemuda suara keramat. suara yang berada diatas jalanraya. suara yang menjatuhkan ben ali, hosni mubarak( mubarak ni bukan persatuan bekas umno ke) sebab tu nama mubarak jugak , sama sama tibai duit rakyat. sejuk mencengkam diawal permainan. mau makan panadol kalau begini.

Ulasan