kerdau makin jelas dimata

usaha usaha terakhir umno untuk menipu dalam prk kerdau tidak dapat berjalan dengan lancar, segala penipuan umno dah dibongkar dikerdau.walaupun 3 felda tegak berdiri menahan asakan pembangkang, namun mad maslan masih teraba raba nak mempertahankan diri. kerja kerja bangang umno dalam felda mulai terbongkar, peneroka felda hulu selangor sedang menanti dalam tangisan. wang akhir belum dapat sampai hari ini. sampai bila mad maslan nak terus berbohong kepada warganegara felda. ditenang sudah banyak menipu sampaikan banjir menghanyutkan semua perbohongan mad maslan bersama isa samud. nasib baik tak lemas dalam arus pembohongan. kalau pemimpin umno bohong bagaimana dengan blogger mereka pasti lebih lagi. kemana papagomo dan pasberuk nak pergi merlimau atau kerdau. atau dikambus hidup hidup pasal bangang sangat cipta isu.

apakah ulamak akan memikul tugas disini atau ada calon lain yang berwibawa. sekadar mencadang apa salahnya. bukan memaksa. siapa pun calon pas, kami bertugas seperti biasa cuma kalau ulamak bisa mereka lebih lagi. orang yang dekat dengan tuhan berbanding kita yang tidur penuh mata sampai mentari atas kepala. malam tidur pun masih berzikir, kita masih berbuih dengan air liur. tidur di sepertiga malam dan bangun ditengahmalamnya. kita tidur sepanjang malam macam ular kekeyangan. bisa cikgu di tenang pun lain macam. cuma banjir menyekat kemenangan. yg bertugas tahu bahawa kita hampir menang ditenang cuma yang bongok tak reti nak menilai. jika calonnya ulamak bermakna malam malam akan dipenuhi dengan hubungan dengan tuhan.

tak kira siapa pun calonnya hatta ketua parti likud pun dulu pun pertugas pas datang bertugas walaupun disekeh disiku diterajang namun lawan sampai habis. denyut nadi dihulu selangor masih terasa. walaupun tewas ia pengajaran berguna untuk semua pembangkang. calon yang boleh menang diketepikan dan hasutan dari media massa umno akan membebankan. jika rekod calon bersih bermakna segala kerja serangan dapat diteruskan. dihulu selangor kita bertahan sampai habis. nak menyerang apa, semua penyerang dah rebah dipembaringan. belum bukak mulut pun gambar terpampang depan mata. felda pasti berubah bersama penghuninya. usaha usaha sedang dijalankan oleh ngo anak. mereka pun terhimpit dengan segala benda dalam felda yang tak memahami senang je melabelkan melayu jakun. mereka tak tahu betapa perit hidup mereka menjadi hamba abdi kepada felda. bergerak terluka bergeser pun terluka. semoga kerdau menjadi pengubat luka perjuang perjuang yang tertewasss....

Ulasan