kerdau - hassanudin salim

oleh kerana sudah biasa menjadi calon pas dipru 2008 dulu, kekuatan mental hassanudin menjadi benteng awal untuk menangkis serangan dari golongan toghut. mental calon kena lebih kuat kerana inilah pertempuran terakhir pas dan umno di dalam masa ini. kesediaan beliau untuk menggalas dan mengelek impian pas menawan kerdau amat dihargai. biarpun kalah dan kalah ia masih berjuang sebagaimana ust awang dagang diterengganu. akhirnya ust awang dagang menang di air putih tempat mb terengganu bertakhta, akhir ust awang dagang menjadi exco dan penuh bergaya menewaskan wan tar, wan tar dihalau dengan hina oleh rakyat terengganu. inilah prinsip perjuangan islam, kalah dan kalah bukan bermakna tak bagus keadaan belum diizinkan oleh allah. ramai yang tak faham kenapa pas terus memilih wakil mereka orang yang pernah kalah.

kerdau dan hassanudin menjadi satu. dikenali oleh masyarakat setempat terutama dikerdau, jika dipilih calon lain bermakna pas terpaksa mengadakan asakan. pemain yang berpengalaman akan menjimatkan masa dan tenaga. dan pemain yang bijak akan mempunyai satu deria yang dapat menghidu dimana kekuatan musuh, 2008 bertanding tewas, dimana kita tewas, kawasan ini akan menjadi target utama. kawasan felda menjadi permainan lebih sengit. hassanudin dikenali di kawasan felda. untuk menarik pengundi memerlukan masa dan hassanudin sudah lama bekerja untuk kawasan ini semenjak kalah dalam pru 2008. suasana berbeza sekarang. pengalaman hassanudin menjadi aset berharga kepada pas untuk menawan kerdau.

faktor kemenangan pas adalah mb pahang sendiri akan menjadi penampal poster gambar dia melucah. aku cukup bangga dengan mb pahang ni, dia akan bersama sama aku menampal poster dia diakar dibatang pokok, calon umno akan berkopiah disepanjang kempen berlangsung. aku cukup bimbang keadaan ini jika calon umno terlebih islam nanti dikerdau, ada kematian bermakna dia akan datang dan melaungkan iqamah sebagaimana islamnya noh omar dulu. hairan pengundi tengok noh omar qamat nk solat jenazah. ini berkelulusan al azhar mesti lagi hebat dari noh omar. khutbah solat jumaat esok disediakan oleh beliau. seluruh negeri pahang akan membaca teks karangan tuan penasihat. esok mungkin tuan penasihat akan memberikan khutbah di masjid dikerdau. mungkin hantam semua, tok bilal, tok siak, dan tok imam sekali sapu oleh tuan penasihat.

hassanudin sudah bersedia berpencak dan bersilat untuk menghalau hantu hantu dari gunung sejuk. jampi serapah sudah dibaca. suasana kini dikerdau, masih sejuk sangat, aku belum mengantuk kerana cuaca amat sejuk dan dingin. mungkin udara sejuk dari atas gunung turun kebawah memberikan kenikmatan kesejukan. poster poster hassanudin masih banyak dan akan digunakan balik, ini dinamakan jimat sebagai parti marhaen, salah satu hassanudin dipilih kerana sifat beliau yang tak mengaku kalah dalam perjuangan islam. semoga kerdau memberikan sinar gemilang. umno cukup takut dengan majoriti rendah. bersembunyi dibalik pokok kelapa sawit pun masih takut lagi. banyak kemungkinan hassanudin dipilih, tuan ibrahim nampak gembira dengan pemilihan hassanudin. inilah keindahan jemaah. yang atas tetap memberikan sokongan padu kepada yang dipilih. amanah yg berat tak mampu ditanggung seorang. ikrar berjuang telah disampaikan oleh tok guru nik aziz. kerdau menjanjikan bulan mengambang penuh.

Ulasan