kerdau - calon kitar semula.. hotak hang

bagi menghilangkan rasa malu umno kerana gagal menghidu nama hassanudin kerana mencalonkan penasihat 25% yang dikatakan mahu berhadapan dengan tuan ibrahim. untuk menghilangkan muka malu denan sangkut ia mengatakan pas mengambil calon kitar semula. tak kisahlah kitar semula sekurangnya ia menjamin kesejahteraan bumi. calon pas yang tidak kedarah wang rakyat, tak harapkan duit rasuah nak hidup, tak makan duit komisen, bukan mengangkat tangan meluluskan pusat perjudian kedua. tak memberikan nasihat mengikut hawa nafsu, belajar alazhar tukang nasihat yang tidak hormati ilmu yang dia pelajari disana. kalau tak malu pada orang pun malulah kepada ilmu tu.

apakah penasihat tak bisik kepada mb pahang, berjanji tu sifat munafik jika tak dilaksanakan. sanggang dalam kenangan. janji janji manis denan 10 tahun dulu diangkat kembali. dan denan akan kembali menjadi penampal poster diwaktu awal kemunculan didalam umno. waris takhta kerajaan akan dimanopoli oleh pemimpin umno dan kaum kerabatnya. semakin jelas anak beranak pemimpin umno akan terus mengasak dan mentogelkan khazanah negara. denan dari semalam berada dikerdau, setelah mendapat berita pas mencalonkan kembali calon lama denan sangkut tertiarap pening. lain yang ditembak lain yg jatuh. mereka mempunyai agenda jahat sebagaimana penasihat menasihatkan sadiq sepakraga. memakai kopiah tersembunyi cerita jahat, akhirnya mereka tewas dengan peracangan  bodoh mereka. terkempit dalam hujan semalam.

segala perancangan sudah tersedia, calon yang sudah masak dengan sepak terajang politik dan pilihanraya bermakna kerja kerja menyerang akan diteruskan. waalaupun pas berhadapan dengan 40% ahli umno pengundi disini, belum tentu umno akan menang selesa atau mereka akan kalah dengan sedihnya. pas mahu menang walaupun satu undi. yang penting hantar wakil pembangkang ke sidang dewan undangan pahang yang meluluskan pembinaan pusat perjudian. kerja kerja awal berjalan sebagaimana perancangan. kempen akan berjalan dengan mudah kerana calon berpengalaman. memudahkan segala kerja. semoga 6 mac bulan mengambang penuh dikerdau. felda tak lagi menjanjikan syurga buat penasihat. imej waraknya akan dikenang sebagai penasihat pembinaan perjudian.

Ulasan