hassanudin untuk kerdau

rupanya calon pas dikerdau amat dikenali. dalam blog atau alam maya hassanudin tiada nilai, tapi dikerdau hassanudin begitu bernilai. pengundi dikerdau masih mengharapkan hassanudin dicalonkan kembali. kelibat beliau disini begitu menggerunkan umno. kerja kerja kebajikan dikawasan kerdau sudah lama berlangsung. orang umno juga mengenali hassanudin. yang tak kenal hanyalah puak pembaca blog dan penulis blog seperti aku. kalau dilihat dari pengelibatannya dalam pas, ia sudah memakan masa yang panjang. memang dia tidak popular di alam malakut tapi popular dikerdau. atas sebab popular di kerdau hassanudin dipilih menjadi calon sekali lagi. kawasan yang beliau biasa berkubang didalam pru atau prk dan juga sentiasa ada untuk penduduk. bukannya seperti penasihat yang sentiasa tak ada untuk penduduk kerdau.

setelah melalui proses dalam pas, hassanudin dipilih kembali walaupun tuan ibrahim calon feberet dalam alam maya. jika tak kenal abang hassanudin kita, pasti kita akan merasakan pas akan tumbang lebih awal dari jangkaan. hari ini menyangkalkan dakwaan bahawa pas akan tumbang lebih awal dikerdau. di kerdau hassanudin akan berhadapan dengan jentera serangan toghut. pelbagai kementerian sudah siap sedia dan serangan awal sudah dimulakan. umno kata calon pas tak layak berhadapan dengan calon umno yang lebih warak, lebih alim dan lebih bermata kuyu. hassanudin bukan penasihat mb, bukan penibai wang rakyat sebab itu dia bukan layak berhadapan dengan tokoh umno. calon umno pertama berkopiah. tapi silap strategi pengsan awal. bukan lawan dengan tok guru just anak murid sahaja.

denan sangkut bodoh dalam mempertahankan syed bra, denan sangkut kata dia tengok sijil bodoh le lu denan, kalau setakat tengok sijil, fazli menantu rosmah pun dapat sijil phd palsu, apa barang le mb pahang ni. kalau dapat sijil halal sembelih babi pun dikatakan halal sebab ada sijil. lu tengok ke tak tengok ke jawab ajelah. calon tersengih sengih aje kena tuduh betul atau tak tak tahulah. tapi kalau beli sijil pun munasabah sebab dia beri nasihat salah aje kepada mb denan. bagi aku sijil ke tak sijil ke kalau bangang kena lawan sampai habis. tak kiralah maulana mana pun, syed bra sudah dari semalam berkampung dikerdau, belum bunyi wisel dah tendang bola, gila ke apa,tak apalah pengadil kata main ajelah walaupun sekor diri tengah padang dengan pengadil bengong. aku bimbang satu je tong air kat sini besar besar ada yang kena bubuh dalam tong tu haru nanti. penduduk tanya bila nak sambung paip kerumah salah jawab mau berbuih syed bra nanti. kalau kata kita akan selesaikan ada kena penampar sebab dah 10 tahun berlalu. yg sabar macam umno tak apalah. yang tak sabar macam orang lain mesti makan penampar sebab tipu.

Ulasan