disahkan kerdau pas lawan umno

aku tak update blog sebab aku kena berdepan dengan makhluk halus yang diimport masuk ke felda 22, 23, 24. jadi aku gagal menghadirikan diri dalam perarakan. sampai aje dah habis berarak. cuma dapat masuk ke dalam tempat penamaan calon je. tok guru haji haji ada disini, kebanyakan taliban terengganu hadir disini, wahid endut juga hadir semoga semngat kuala terengganu akan datang ke kerdau. projek projek dah banyak masuk tapi bayaran aku tak pasti dapat ke tidak. hati cuti gomen servant pun kena kerja demi survival umno. umno duk cakap gagah kuat, hebat duk ratib siang malam depan media massa tapi menikus dialam realiti. denan tak ceria sangat sebab terpaksa berdepan dengan penduduk sanggang yang tanya mana janji janji manis mu dulu. sanggang masih dalam kenangan dan in memory setiap penduduk disini. nama tukar pun muka denan tak operate sangat macam mb selangor makan tempe. kat sini denan makan umbuk kelapa sawit .

aku cuma bimbang dikerdau sekarang, boss umno baru aje buat tafakur perdana bersama zulkulum di kubur kamal attaturk. turk tu turki le kot atau zul tu belakang letak zulkul kul tu bukan kulim tapi kulibatak umno. cara kamal attaturk melayan perjuang islam memang hebat sampai bumi tak nak terima, kalau begitu salah peribahasa dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali, kamal attaturk sendiri tak diterima tanah. zulkulim hope jgn jadi macam tu. tak diterima tanah. suruh tok guru nik aziz baca surah abasa dia sendiri baca surah susahbasa. lu sudah jauh sesat le zulkulim. kenapa hangpa jadi lagu tu. nak cepat mampus ke. najid pun dah dapat semangat kamalattaturk dalam yang sama mngutuk alsheikh qordawi. celaka sungguh perkataan najid. semoga kita kubur fahaman attaturk di kerdau. bersama kita terajang fahaman attaturk disini. kempen sudah berjalan secara rasmilah.

Ulasan

  1. KITA GONGXI-KONGSI BERSAMA......Pas Letak Calon ?Main-main?, Kita Letak Calon Boleh Berkhidmat Pada Rakyat ? Ali
    26/02/2011 15:33 UMNO Online 5
    JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 [...]


    JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

    Kata beliau lagi calon Pas itu juga bukan saja tidak dikenali masyarakat di Merlimau malah di kalangan ahli Pas juga ramai yang tidak mengenali siapa Yuhaizad ini.

    ?Ini calon yang dipergunakan Pas untuk mereka buat latihan di sini. Pas kata mereka nak kurang majority saja. Itu dia kata tapi kita tak akan bersikap sombong dan takbur sebaliknya kita akan pastikan calon kita mendekati pengundi seramai mungkin.

    ?Calon kita ada pengalaman dan latar belakang yang cukup baik yang boleh membawa kawasan Merlimau ini lebih maju lagi. Kita dah ingatkan jentera kita untuk terus kerja kuat hingga hari pengundian?, katanya selepas mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

    Mengenai latar belakang calon Pas yang banyak diperkatakan di internet, beliau berkata itu masalah Pas dan BN tidak berminat untuk masuk campur.

    ?Serangan peribadi kerja pembangkang. Kita tahu apa pun benda buruk lama kelamaan orang akan tahu?, katanya.

    Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad, 44, yakin dapat menjadi wakil rakyat yang baik dengan keupayaan dan kebolehan peribadinya sendiri.

    Beliau menegaskan, pemilihannya bukan bersandarkan kekuatan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithnin dan bapa saudaranya yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

    “Saya mempunyai kekuatan sendiri untuk menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya.

    Beliau juga berkata bahawa beliau kini siap sedia berdepan dengan serangan peribadi parti pembangkang dan tidak akan mudah melatah dengan permainan taktik kotor pembangkang.

    Malah beliau turut bersedia untuk menangkis apa juga serangan daripada pembangkang dalam usaha mereka untuk meraih simpati pengundi di Merlimau.

    ”Mulai hari ini saya akan mula berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau tanpa mengira bangsa, kaum atau agama.

    ”Bagi saya itu amat penting untuk menyakinkan rakyat di Merlimau pentingnya mereka memilih BN?, ujarnya. -MediaUMNO




    Source: UMNO Online

    BalasPadam

Catat Ulasan