cakap cakap merlimau

walaupun umno begitu mendabik dada di merlimau. rupanya mereka takut juga dengan pembangkang. kalau tak takut mereka tak akan guna jentera kerajaan. samb digunakan untuk menyambung kepala paip yg selama ini kepala paip teramat mahal. bila prk merlimau kepala paip jadi murah semurahnya. yang miskin dapat bertentang mata dengan menteri menteri. menteri joget lambak, menteri yamseng, menteri komisen, menteri debat marathon, menteri kurang akal, menteri tak cukup akal semua diarah turun ke merlimau sampaikan penduduk merlimau muak dengan menteri, selak lalang ada menteri, menteri lalang, selak minyak ada menteri ron95, seluk pokok pisang tersengih menteri asas tani. dalam masjid imarah sungguh menteri baca yassin kuat dari jemaah walaupun bunyi sebutan macam telo arab tapi nak menghala ke majusi. sebut aje menteri apa. mesti ada.

ramai menteri yang hadir ke merlimau menambah claim kepada poket bukan untuk mencari untuk menyelesaikan masalah rakyat merlimau tapi menambah dana claim masing masing. yang paling banyak melawat merlimau menteri pendidikan dan timb menteri. apa yang dia cari di merlimau entahlah. cakap cakap merlimau, menyaksikan suasana hebat. pengundi seolah olah dalam gengaman umno. tak ada yang menyokong pembangkang. yang lemah semangat dalam bertugas aku rasa dah demam tengok suasana begitu meriah umno mendominasi kempen. spr kata jangan kempen sebelum penamaan. tapi umno dah kempen. jadi kalau pas ikut kempen pun apa salahnya kan. menteri pun sanggup membeli dipasar malam dimerlimau. begitulah untung ada prk ni. ada penjaja boleh menjual barangan kepada menteri. menteri pengguna jual mahal tak apa sebab cakap kat dia minyak dah naik walaupun jual ubi bakar.

cakap cakap merlimau begitu hebat sekarang. peluang pas hampir tertutup sebagaimana tertutupnya pintu eye of melaka. tak bukak bukak. yang nak dibukak adalah eye on eye yang makin lebar. bepusing siang malam lepas ini. litar go kart akan jadi litar go karat sebab tak ada yang sudi bermain disana. akhirnya jadi gelanggang gajah bermain. negeri melaka memang maju semua ada dalam melaka. yang paling hebat adalah ketua menteri, hantam selagi buleh. rakyat melaka tak marah. malah akan berdondang sayang. mengkritik secara seni katakan. kalau marah bantuan tak dapat. diharamkan dondang sayang. orang melaka kurang dondang sayang mati tak pejam le. tangga makcik sepuk akan sunyi tanpa pengumpat pengumpat tegar. politeknik merlimau akan sunyi. 26 merlimau akan bising dari sekarang. merlimau tidur selepas 6 haribulan mac 2011. banyak lagi cakap merlimau tapi aku pening sekarang kerana diarah bertugas dua tempat. dimana nak mula dimana nak diakhirinya. dua dua aku sayang. dua dua pas bertanding. kalaulah kerdau jauh sikit tarikhnya. tak apalah mungkin ada hikmatnya.

Ulasan